awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Marcell, isteri rakam semula lagu Freedom, Mulanya Di Sini
Waktu operasi Bazar Aidilfitri Senawang dilanjut sehingga 2 pagi - MBS
PM UK, Keir Starmer adakan pertemuan dengan Presiden Xi Jinping di Beijing
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Acap masih dapat hak sebagai penjawat awam

Astro Awani
Astro Awani
04/05/2019
11:16 MYT
Acap masih dapat hak sebagai penjawat awam
Mohammad Ashraf masih belum ditemui setakat ini sejak hilang 23 Mac lalu. - Gambar fail
Status perjawatan dan pembayaran gaji kepada peserta larian Gopeng Ultra Trail yang hilang sejak Mac lalu, Mohamad Ashraf Hassan, 29 tahun, masih berjalan seperti biasa.
Mohammad Ashraf, atau Acap, yang bekerja di bawah Kementerian Kesihatan sebagai juruteknologi makmal Klinik Kesihatan Maharani, Muar, tetap menikmati hak tersebut walaupun masih dalam status orang hilang.
Menurut Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye, setakat ini pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) perlu mengekalkan haknya sebagai penjawat awam.
"Dia masih hilang, tetapi perjawatan masih ada. Ada proses tertentu apabila seseorang hilang. Buat sementara, sepatutnya JPA harus bayar gaji.
"Semua hak sebagai penjawat awam itu harus dikekalkan sehingga ada keputusan muktamad berkenaan dengan kedudukannya," katanya.
BACA: Kehilangan Mohamad Ashraf tiada unsur khianat - Polis
Dr Lee ditemui pemberita selepas merasmikan Seminar Hentikan Penderaan Peringkat negeri Perak di Meru, di sini, hari ini.
Mohamad Ashraf yang dilaporkan hilang ketika menyertai larian berkenaan pada 23 Mac lalu, sehingga kini jejaknya masih belum ditemui.
Baru-baru ini, pihak berkuasa menangguhkan seketika usaha pencarian untuk memberi ruang dan peluang buat penduduk kampung mencarinya dengan cara tersendiri.
BACA: Kehilangan Acap: Tiada petunjuk baharu - Bomba
Terdahulu, dalam ucapannya Dr Lee berkata, 451 kes penderaan membabitkan kanak-kanak direkodkan di Perak pada tahun lalu dengan majoriti melibatkan kanak-kanak perempuan.
"Bagi kategori pendera, teman lelaki kepada ibu atau wanita merupakan kumpulan utama, diikuti bapa sendiri dan ibu tiri," katanya sambil menambah, kebanyakan kes berlaku di rumah.
Dr Lee turut berkata, 90 peratus pendera merupakan individu yang pernah didera pada masa lampau.
Topic Berkaitan
#Acap
#dera
#gaji
#Gopeng Ultra Trail
#hilang
#Jabatan Perkhidmatan Awam
#JPA
#Kanak-kanak
#Kementerian Kesihatan
#Klinik Kesihatan Maharani
#larian
#Lee Boon Chye
#Mohamad Ashraf Hassan
#Muar
#penjawat awam
#Perak
#perjawatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan