Teruja.
Ini kisah saya dan beberapa rakan media di Kelantan apabila dimaklumkan anak bekas Menteri Besar Allahyarham Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Omar, akan berucap buat pertama kalinya di majlis pelancaran Manifesto Pakatan Harapan negeri ini.
Saya mahu dengar ucapan pertama beliau, atas kapasiti calon parti politik.
Sebabnya?
Sembang kedai kopi dan kalangan orang biasa yang minat politik, Nik Omar, 54 tahun, ini mirip bapanya dari segala segi.
Sama ada percakapan, pembawakan diri serta visi.
"Kalau kita pejam mata, dan dengar Nik Omar bercakap, macam dengar Tok Guru bercerita," itu antara yang saya dengar.
Kebenaran ini hanya boleh saya sahkan kalau saya mendengar dan melihat sosok ini dengan lebih dekat.
Tetapi, melihat kepada bilangan hadirin yang sedikit hambar di majlis berkenaan, saya jadi hairan.
Apakah nama Nik Omar tidak cukup menarik perhatian?
Itu penilaian saya pada awalnya.
Beliau berucap kurang 10 minit di majlis itu.
Tentang kisah latar belakang politik.
Dan bagaimana beliau tidak mahu disanjung, dan diangkat setinggi Tok Guru kerana bukan dalam liga yang sama.
Kerana menurut beliau, "Ambo buke Tok Guru, tapi ambo ni anok Tok Guru, bezo langit dengan bumi (Saya bukan Tok Guru, tetapi anak Tok Guru, beza kami langit dengan bumi).
"Tok Guru (Nik Aziz) ni kalu buwi ceramoh, supo jamu ore makae nasik, tapi gak ambo ni kalu buwi ceramoh, supo jamu ore makae ubi kayu (Tok Guru kalau berceramah boleh disamakan dengan menjamu hadiri dengan nasik, tetapi kalau saya berceramah, umpama menjamu hadiri dengan ubi kayu)," seloroh Nik Omar.
"Ubi kayu ni tapi gak, sedak makae jare-jare (Tetapi ubi kayu ni sedap makan sekali-sekala)," jenaka Nik Omar yang disambut tawa.
Tetapi, ukuran sebenar mengenai 'Ada Apa dengan Nik Omar?' ini datang selepas majlis itu.
Nik Omar diserbu, hadirin mahu rakam 'selfie' dengan beliau, sehinggakan media yang mahu menemuramahnya terpaksa menunggu buat seketika sebelum 'peminat' beliau reda.
Ada pesona yang tersendiri, Nik Omar sering melempar senyuman, menampakkan semua giginya.
Tetapi senyum itu ikhlas, tidak dibuat-buat.
Nik Omar buat kejutan apabila muncul sebagai calon di DUN Chempaka.
Kejutan ini dijanjikan Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan, Husam Musa, pada majlis pengumuman calon pada Khamis.
Ya, itu kerusi warisan bapanya sejak 1995.
Tetapi, Nik Omar tidak pula bertanding menerusi platform parti perjuangan hidup mati Tok Guru yang juga Mursyidul Am Pas.
Sebaliknya memilih serpihan Pas, Parti Amanah Negara (PAN).
Nama Nik Omar disebut-sebut sebagai calon sejak beberapa bulan kebelakangan ini.
Namun tiada pengesahan ya atau tidak, kerana difahamkan ada tekanan dari keluarga yang bimbang berlaku perpecahan dalam keluarga Tok Guru.
Apa yang dikatakan tekanan ini kemudian merebak kepada dakwaan Nik Omar disembunyikan sebelum penamaan calon.
"Takdok keno susuk, ambo ado sini, dua hari lepas, macae mano keno susuk, ambo ado ja sini, sajo ado pihok nok create isu (Saya tak disembunyikan, ada je di sini, dua hari lepas pun ada di sini, ada pihak sengaja mencipta isu)," jelas Nik Omar.
Mahu tidak mahu, munculnya Nik Omar di pentas politik, menimbulkan persoalan berhubung persepsi legasi Nik Abdul Aziz.
Siapa ada ketokohan sebenar?
Nik Omar atau adiknya Nik Abduh yang lebih dahulu 'makan garam' dalam arena politik, baik di peringkat parti mahupun peringkat Parlimen? Nik Abduh menang di Pasir Mas pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Soalan demi soalan provokasi ditanya kepada Nik Omar.
Satu yang pasti, setiap soalan itu dijawab dengan senyum dan ayat tersusun, seperti juga soalan siapa sebenarnya lebih layak teruskan legasi Tok Guru?
Nik Omar mewarisi sekolah agama yang diasaskan oleh ayah beliau, iaitu Madrasah Darul Anuar di Pulau Melaka yang terletak bersebelahan dengan rumah Nik Aziz.
Dalam hal politik?
"Masing-masing ada kekuatan, seperti, ambo royat, ambo doa untuk adik ambo, supayo dio berjayo di Bachok, ambo pun raso dio berdoa jugok untuk ambo berjayo di Chempaka.
"Dio ambik Parlimen, ambo ambik DUN. Dio pikir tentang negaro, ambo pikir tentang negeri. Masing-masing berlumba buat kebaikan," Nik Omar menutup perbualan dengan media.
Bagi kerusi DUN Chempaka N.06, Nik Omar bawa legasi besar untuk pertahan kerusi bapanya.
Pada PRU13, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz kekalkan kerusi itu dengan majoriti 6,500 undi.
Rumusan saya selepas kali pertama bertemu secara peribadi dengan Nik Omar adalah, figura ini ada sesuatu yang istimewa untuk mendapat tempat dalam politik.
Sama ada jauh atau dekat, lama atau sekejap perjalanan Nik Omar di Kelantan, semuanya bergantung kepada pengundi yang dahulunya memilih bapa beliau.
Persaingan di DUN Chempaka boleh disifatkan bukan lagi mengenai parti, tetapi personaliti.
Marlina Manaf
Sun Apr 29 2018
Nik Omar tidak mahu disanjung dan diangkat setinggi arwah bapanya Tok Guru Nik Abdul Aziz kerana katanya, mereka bukan dalam liga yang sama. - Astro AWANI / MARLINA MANAF
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
[TERKINI] Wan Azizah, Mohamad Sabu dan Anthony Loke nafi kenyataan Tun M
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan keputusan tidak meneruskan semakan dan tafsiran berhubung isu Pulau Batu Puteh dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri secara bertulis.
AWANI Ringkas: Amaran hujan tahap waspada sehingga Jumaat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
Isu Nik Abduh selesai - Ahmad Yakob
Ahmad memberitahu, isu berkenaan sudah selesai dan beliau enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.
#PeristiwaHariIni: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia (2015)
Beliau merupakan tokoh yang cukup disegani dalam bidang agama serta di arena politik tanah air.
Kerajaan Pas Kelantan bakal tumbang - Tun Daim
Tanpa menamakan parti yang menjadi pengganti, bekas menteri kewangan itu berkata, ia berlaku disebabkan pendekatan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengelirukan ahli Pas sendiri.
'Keluarga Tok Guru halang Tun M ziarah kubur'
Hajat Tun Dr Mahathir Mohamad menziarah kubur bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tidak kesampaian.
Selain Nik Omar, ada lagi cerita hangat di Kota Bharu
Di Kota Bharu, selain cerita anak bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Omar yang mendapat bacaan dan tontonan tertinggi di media sosial ada lagi suatu tarikan. Baca.
Ada apa dengan Nik Omar?
Sembang kedai kopi dan kalangan orang biasa yang minat politik, Nik Omar, 54 tahun, ini mirip bapanya dari segala segi.
UMNO Kelantan beri kebebasan anggotanya di DUN Chempaka mengundi esok
UMNO Kelantan memberi kebebasan kepada anggotanya yang menjadi pengundi untuk mengundi mana-mana calon pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka esok.
PAS senarai pendek tiga calon PRK Dun Chempaka
PAS Kelantan menyenarai pendek tiga nama sebagai calon bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka yang dijadual berlangsung pada 22 Mac.
Ibrahim Ali tidak berhasrat jadi calon Bebas di PRK DUN Chempaka
Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali tidak berhasrat bertanding sebagai calon bebas pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka 22 Mac ini.
Pilihan Raya Kecil DUN Chempaka ditetapkan 22 Mac - Pengerusi SPR
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka di Kelantan pada 22 Mac depan.