awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selain Nik Omar, ada lagi cerita hangat di Kota Bharu

Vivi Sumanti
Vivi Sumanti
01/05/2018
08:58 MYT
Selain Nik Omar, ada lagi cerita hangat di Kota Bharu
Menurut eorang penjual ayam proses segar di Jalan Bayam, di sini mengakui terdapat sedikit peningkatan tempahan ayamnya. - Gambar Astro AWANI/VIVI SUMANTI
DI Kota Bharu, selain cerita anak bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Omar yang mendapat bacaan dan tontonan tertinggi di media sosial ada lagi suatu tarikan yang menjadi buah mulut netizen.
Jualan ayam di pasar dan gerai yang kian meningkat turut mendapat perhatian.
Maklum balas yang diperolehi Astro AWANI dari penjual ayam segar di Kelantan mendapati terdapat sedikit peningkatan jualan dan tempahan ayam segar.
Malaysia Memilih,PRU14
Tempahan ayam semakin meningkat di pasar malam di sekitar Jalan Bayam, Kota Bharu. - Foto Astro AWANI/VIVI SUMANTI
Menurut Azami Yahya, 45 tahun, seorang penjual ayam proses segar di Jalan Bayam, di sini mengakui terdapat sedikit peningkatan tempahan ayamnya.
"Ada meningkat sikit, ramai orang buka pos parti, nak bakar ayam alik (sebelah) malam, mari tempahlah" kata Azami ketika ditemui Astro AWANI, di sini hari ini.
Katanya, ayam segar yang dijual berharga antara RM5.90 hingga RM6.50 sekilogram.
Katanya, kebiasaannya ada yang memesan supaya menyimpan ayam untuk dibuat barbeku atau dibakar pada sebelah malam di pos parti.
Kebiasaan anak muda yang berjaga malam di pos parti mengambil kesempatan membakar ayam sambil berbua dan menggantung poster calon.
Topic Berkaitan
#ayam segar
#DUN Chempaka
#Kota Bharu
#Malaysia Memilih
#Nik Abdul Aziz Nik Mat
#Nik Omar Nik Abdul Aziz
#PAS
#pasar
#pos parti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan