NAMA Datuk Seri Nazir Razak dalam industri perbankan tidak asing lagi di peringkat nasional dan global.
Berpengalaman mengemudi CIMB Bank selama 29 tahun, anak bongsu kepada Perdana Menteri Malaysia kedua, Tun Abdul Razak Hussein ini tidak pernah lokek menyuarakan pandangannya tentang bagaimana penentukuran semula negara perlu diimplementasi secepat mungkin.
Ini kerana, katanya, melanjutkan sistem yang bermasalah mempunyai akibat yang sangat buruk, selain menegaskan, Malaysia bukanlah sebuah negara yang gagal.
“Kita harus menerapkan agenda dalam majlis - yang kita namakan 'Perhimpunan Rakyat' atau 'Better Malaysia Assembly (BMA)'.
“Untuk menekankan peri pentingnya majlis ini serta mandatnya, ia harus dibentuk di bawah naungan Majlis Raja-Raja dengan perintah bahawa segala cadangan harus diserahkan kepada Parlimen atau referendum.
“Pembentukan badan itu haruslah berdasarkan suatu proses melibatkan kombinasi individu yang dicalonkan oleh Parlimen, golongan eksekutif dan masyarakat awam.
“Sebaik-baiknya, setiap rakyat Malaysia dapat melihat satu atau lebih banyak ahli badan tersebut sebagai seorang yang diyakini dan boleh dipercayai.
“Kemudian senarai akhir harus dipersetujui oleh pemimpin kerajaan dan pembangkang; sebarang perselisihan harus diselesaikan oleh Majlis Raja-Raja dengan muktamad,” katanya dalam kenyataan bertajuk “A better Malaysia assembly, not just a new PM please” pada 17 Oktober lalu.
BACA: Ada Apa Di Sebalik Nama Nazir Razak
Pandangan tersebut disuarakan beberapa hari sebelum Istiadat Angkat Sumpah Perdana Menteri Kesembilan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selepas kerajaan di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin hilang majoriti susulan enam Ahli Parlimen UMNO menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN).
“Dalam masa kurang dari tiga tahun sahaja, kita telah menyaksikan pentadbiran tiga Perdana Menteri dan gabungan kerajaan - adakah pelantikan Perdana Menteri yang keempat dalam jurang masa pendek ini akan menjadikan situasi kita bertambah baik?
“Ada kemungkinannya, tetapi adakah langkah untuk melantik Perdana Menteri baharu mencukupi untuk mengatasi kemerosotan negara kita?
"Saya rasa tidak,” tambah Nazir, pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) dalam Ekonomi dan Politik serta Ijazah Sarjana Falsafah dalam Ekonomi Pembangunan dari Universiti Cambridge.
Terang-terang beliau berkata, Perhimpunan Rakyat yang dicadangkan tidak dapat menyelesaikan semua masalah yang dihadapi, tetapi ia akan menjadi asas yang kukuh untuk Malaysia maju ke hadapan.
Pengerusi Bukan Eksekutif Bank Pembangunan Malaysia Bhd (BPMB) itu menambah, perhimpunan tersebut perlu menitikberatkan isu-isu sistemik yang penting, bermula daripada penegasan semula atau definisi erti kenegaraan termasuk sistem politik dan pentadbiran.
“Malah, tempoh masa boleh ditentukan untuk perubahan asas seperti tindakan afirmatif dan sistem pendidikan.
“Berdasarkan definisi-definisi tersebut serta tempoh masa yang dipersetujui, langkah-langkah seperti perombakan institusi, perundangan dan dasar negara boleh dilakar dengan tumpuan kepada sistem pilihan raya, pendanaan politik, pembanterasan rasuah, hubungan persekutuan dan negeri, peranan kerajaan dalam ekonomi dan sebagainya,” ujar beliau.
Dalam masa yang sama, adik kepada Datuk Seri Najib Razak itu berkata, apa yang diperlukan oleh negara adalah penentukuran nasional serta rombakan semula dari segi demokrasi, institusi dan sosio-ekonomi negara.
Jelas beliau, perkara itu bukan pertama kali kerana ia pernah dilakukan selepas 13 Mei 1969 apabila negara mewarisi sistem Westminster yang terbukti tidak berjaya pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-3.
"Pemimpin-pemimpin kita percaya bahawa sistem tersebut akan berjaya tetapi mereka juga sedar bahawa ia tidak dapat kekal selama-lamanya, ia tentu perlu diperbaiki dan mungkin juga perlu dibina semula.
"Dasar Ekonomi Baru (DEB) pun diberi tempoh implementasi selama 20 tahun oleh mereka.
"Sistem baharu ini membawa kestabilan politik, perkembangan ekonomi, pengurangan kadar kemiskinan dan keseimbangan jurang kekayaan antara kaum tetapi juga membawa kesan negatif seperti rasuah, ketegangan perkauman dan penumpuan kuasa.
"Pada tahun 1990, DEB telah dipanjangkan walaupun dijenamakan semula dan aspek-aspek sistem yang lain terus kekal. Semakin lama ia berlanjutan semakin bertambah kesan negatif yang melebihi kebaikannya," kata Nazir.
Latar belakang Nazir
Dilahirkan di Kuala Lumpur, Nazir, 55, berkhidmat dengan CIMB dalam pelbagai kapasiti sebelum dilantik sebagai Ketua Eksekutif Kumpulan pada 1999.
Graduan Universiti Bristol, England ini mula mengorak langkah dalam bidang kewangan sekembalinya beliau dari United Kingdom (UK) dan menyertai jabatan penasihat korporat CIMB pada 1989.
Memetik laman sesawang Ikhlas Capital, sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB, Nazir menerajui transformasi CIMB daripada sebuah bank pelaburan tempatan kepada bank universal kelima terbesar di ASEAN, bank pelaburan terbesar di Asia Pasifik dan peneraju dunia dalam kewangan Islam.
Selepas 15 tahun memegang jawatan itu, Nazir kemudian dilantik sebagai Pengerusi CIMB dan menjawat kedudukan itu sehingga 2018.
Nazir bukan nama asing dalam dunia korporat di dalam negara dan di ASEAN.
Ikon terkemuka itu pernah meraih 'Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat' oleh FinanceAsia pada 2009 dan dinobatkan 'Anugerah Pencapaian Cemerlang' oleh Euromoney pada 2012.
Bahkan pada 2015, tahap kepimpinan yang dimiliki oleh Nazir turut menerima pengiktirafan dari Asia House apabila beliau dianugerahkan sebagai Pemimpin Perniagaan Asia.
"Anugerah ini mengiktiraf pencapaian rakan sekerja saya di CIMB yang sentiasa bersama-sama saya sejak perjalanan kami sebagai bank perdagangan kecil dengan kira-kira 70 kakitangan di Kuala Lumpur pada akhir 1980-an, sehingga kami hari ini, sebagai penjana kewangan ASEAN dengan 40,000 kakitangan di 17 negara.
"Kerjaya saya juga adalah untuk mengeratkan perniagaan ASEAN dalam menyokong penyepaduan ekonomi, jadi anugerah ini turut dituju kepada pasukan di Institut Kajian ASEAN CIMB, dan rakan sekerja di Kelab Perniagaan ASEAN," katanya memetik laporan media pada 15 Oktober 2015.
Nazir juga dilantik sebagai Panel Pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dari 2002 sehingga 2017.
Pada 2016, Nazir dilantik sebagai Pengerusi pertama Majlis Perniagaan Serantau (RBC) ASEAN bagi Forum Ekonomi Dunia (WEF).
Selepas kerjaya selama 29 tahun bersama CIMB, Nazir ketika ini merupakan Pengerusi dan rakan kongsi Ikhlas Capital, Pengerusi Bukan Eksekutif BPMB serta Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif PLS Plantations Bhd (PLS).
Beliau mendirikan rumah tangga bersama Datin Seri Azlina Aziz pada 1992 yang juga graduan Universiti Bristol.
Pasangan itu memiliki dua cahaya mata.
Astro Awani
Sat Nov 06 2021
Dilahirkan di Kuala Lumpur, Nazir berkhidmat dengan CIMB dalam pelbagai kapasiti sebelum dilantik sebagai Ketua Eksekutif Kumpulan pada 1999 - Gambar fail
KEDA berhasrat tanam padi wangi, padi huma tahun ini
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) berhasrat membangunkan tanaman padi wangi dan padi huma di beberapa kawasan pertanian dalam wilayahnya, tahun ini.
Mesyuarat perundingan Enam Pihak Arab bincangkan perkembangan di Gaza
Mesyuarat perundingan Jawatankuasa Enam Pihak Arab itu membincangkan perkembangan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai “duta” untuk mempromosikan produk perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) SERTA koperasi negara.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Jakarta hari ini untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
SPRM mohon maklumat dari Jerman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon maklumat terkini daripada pihak berkuasa Jerman mengenai dana bon 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dipercayai digunakan untuk membeli kereta mewah di negara itu pada 26 Okt 2022.
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki melantik beberapa syarikat yang mempunyai kepentingan dengannya membabitkan beberapa projek pembekalan melibatkan peruntukan kira-kira RM300,000.
Kembangkan kandungan tempatan melalui AI
Menurut Setiausaha Agung Organisasi Kerjasama Digital (DCO) Deemah Al Yahya, terdapat 2.7 peratus daripada penduduk dunia tidak berhubung malah tidak mempunyai sambungan asas internet. Beliau turut berkata infrastruktur pengkomputeran setiap negara perlu mempunyai kemampuan untuk mengembangkan kandungan tempatan khususnya yang melibatkan penggunaan AI.
AI tidak dapat ganti guru
Menteri Pendidikan Rwanda, Gaspard Twagirayezu berkata kepesatan teknologi AI dalam pendidikan tidak dapat menggantikan guru malah membantu guru dalam menyediakan bahan pengajaran yang bermanfaat kepada pelajar.
'Takdir mempertemukan kami semula..." - Nazir dedah kisah pertemuan dengan Yati
Tan Sri Mohamed Nazir dilaporkan telah sah menjadi suami kepada pilihan hatinya, Yati Zainuddin semalam.
Nazir Razak selamat bernikah dengan Yati Zainuddin
Adik kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Nazir mencuri perhatian netizen selepas tular sekeping gambar yang memperlihatkan beliau mengenakan busana pengantin serba putih.
Tun Musa Hitam selesai jalani pembedahan otak selepas jatuh ketika berkebun
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam selesai menjalani pembedahan pada otak selepas jatuh semasa berkebun pada minggu lepas.
Nazir Razak akhiri perkhidmatan sebagai Pengerusi BPMB
Nazir Razak bersara sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif BPMB berkuat kuasa 22 April ini selepas tamat tempoh dua tahun perkhidmatan.
Nazir Razak dilantik Pengerusi ASEAN-BAC, Tony Fernandes, Lim Chern Yuan sebagai Ahli Majlis
Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC) Malaysia mengumumkan pelantikan Tan Sri Nazir Razak, pengerusi dan pengasas bersama Ikhlas Capital, sebagai pengerusinya bagi tempoh 2023-2026.
Nazir bimbang Najib ditipu Jho Low, pengurusan 1MDB - Saksi
Mohamed Nazir Razak pernah menyuarakan kebimbangan bahawa abang sulungnya, Najib, telah ditipu oleh ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho, atau Jho Low.
Lepas tonton One Cent Thief, baru tahu maksud 'Out of Service' di mesin ATM
Siri Astro Originals ini juga turut menampilkan kemunculan istimewa Tan Sri Nazir Razak.
MAPEN 2.0 mungkin mampu elak Malaysia jadi negara gagal
Cadangan Pengerusi Bukan Eksekutif Bank Pembangunan Malaysia Bhd (BPMB), Tan Sri Nazir Razak agar Majlis Perundingan Negara (MAPEN) 2.0 di bawah Majlis Raja-raja diwujudkan dilihat wajar dipertimbang.
Cadangan tiru Hong Kong banteras rasuah tidak sesuai - TI-M
Katanya, undang-undang antirasuah kita sudah baik, cuma perlu diperketatkan penguatkuasaannya sahaja.
Adaptasi filem, Nazir Razak pilih Syafiq Kyle?
Tokoh perbankan negara itu kagum dengan lakonan Syafiq Kyle drama Astro Original, One Cent Thief.