awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
AOT cadang kenaikan 53% caj perkhidmatan penumpang penerbangan antarabangsa Thailand
Waris Sultan Zainal Abidin III diminta tampil, selesai tuntutan tanah pusaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ada penerima tarik diri daripada Program Subsidi Petrol - KPDNHEP

Bernama
Bernama
22/10/2019
15:36 MYT
Ada penerima tarik diri daripada Program Subsidi Petrol - KPDNHEP
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (kanan) semasa sidang media selepas majlis pelancaran Pelan Antirasuah Organisasi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) 2019-2023 di KPDNHEP hari ini. - Foto BERNAMA
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menerima maklumat bahawa ada sebilangan rakyat yang jujur dan menarik diri sebagai penerima Program Subsidi Petrol (PSP) kerana merasa dirinya tidak layak untuk bantuan itu.
Menteri berkenaan, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata mereka menarik diri selepas membuat semakan di portal psp.kpdnhep.gov.my di mana penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) boleh menyemak kelayakan mereka untuk PSP.
"Dalam satu rekod, penerima terbabit memaklumkan ibunya (penerima BSH) di kampung mendaftarkan namanya (bagi kenderaan) akan tetapi beliau mengakui sudah mempunyai pendapatan yang besar. Atas faktor itulah, penerima terbabit mahu menarik diri.
"Ini menunjukkan adanya rakyat Malaysia yang jujur dan ini jelas bahawa kewujudan portal itu langkah yang tepat bagi mengemas kini penerima PSP yang tersenarai dalam BSH," katanya dalam satu persidangan media selepas melancarkan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) KPDNHEP 2019-2023 di sini pada Selasa.
Seramai 2.9 juta penerima BSH daripada golongan B40 yang layak menerima bantuan PSP boleh menyemak kelayakan mereka melalui portal berkenaan. Bagi penerima bantuan yang tercicir, mereka boleh melengkapkan maklumat melalui fungsi rayuan dalam portal itu.
Data penerima PSP daripada golongan B40 itu adalah berdasarkan data asas penerima BSH yang diperoleh daripada Kementerian Kewangan, dan ia disilang semak dengan data pemilikan kenderaan daripada Jabatan Pengangkutan Jalan.
Penerima di bawah PSP akan menikmati subsidi petrol RM30 sebulan untuk pemilik kereta atau RM12 sebulan, untuk pemilik motosikal, dan subsidi akan diberi dalam bentuk pemindahan tunai dan akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima setiap empat bulan di mana pembayaran pertama akan dibuat pada April 2020.
Saifuddin Nasution berkata seramai 1.7 juta pelayar sudah mengunjungi portal PSP berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bantuan Sara Hidup
#BSH
#KPDNHEP
#Program Subsidi Petrol
#PSP
#rakyat Malaysia
#Saifuddin Nasution Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan