KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Tan Sri Mohd Bakke Salleh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau merasakan Datuk Seri Najib Tun Razak terlibat dalam salah laku kewangan syarikat itu dan ada yang tidak kena berlaku dalam syarikat.
Mohd Bakke, 68, berkata perkara itu menjadi antara sebab utama beliau memutuskan untuk meletak jawatan pengerusi serta ahli lembaga pengarah (BOD) 1MBD pada 2009.
Saksi pendakwaan ke-15 itu berkata sebelum menyerahkan surat peletakan jawatan, beliau telah menghantar SMS (khidmat pesanan ringkas) kepada bekas perdana menteri itu memaklumkan beberapa perkara yang diarahkan oleh BOD kepada pengurusan 1MDB tetapi tidak dipatuhi.
"Namun, saya tidak menerima sebarang maklum balas daripada Najib. Tidak terlintas di fikiran saya untuk melaporkan kepada mana-mana pihak berkuasa berkaitan salah laku kewangan pengurusan 1MDB kerana saya mengandaikan bahawa saya telah pun berbuat demikian melalui SMS yang dihantar kepada Najib.
"Saya berharap Najib akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pengurusan 1MDB jika beliau mendapati sebarang salah laku di pihak mereka.
"Memandangkan kebimbangan saya itu tidak mendapat perhatian Datuk Seri Najib kerana beliau tidak membalas SMS saya, saya merasakan beliau terlibat dan sesuatu yang tidak kena berlaku tanpa pengetahuan saya.
"Ini antara sebab utama saya memutuskan untuk meletak jawatan," kata Mohd Bakke ketika membaca kenyataan saksinya semasa perbicaraan Najib dalam kes penyelewengan RM2.3 bilion daripada dana 1MDB.
Semasa pemeriksaan utama oleh ketua pasukan pendakwaan Datuk Seri Gopal Sri Ram, saksi itu berkata beliau mendapati luar biasa apabila Najib tidak membalas SMSnya kerana tertuduh biasanya membalas mesejnya dan juga bukan kali pertama beliau menghantar mesej kepada bekas perdana menteri tersebut.
Mohd Bakke berkata beliau meletak jawatan pada Oktober 2009 sebagai tanda protes dan tidak mahu terlibat dalam sebarang perbincangan dan keputusan lanjut berhubung 1MDB.
Beliau berkata beliau memutuskan untuk tidak menyerahkan surat peletakan jawatannya secara peribadi kepada Najib tetapi mengarahkan setiausahanya menghantar surat itu ke pejabat perdana menteri.
"Saya buat demikian kerana jika saya menghantar sendiri, beliau mungkin akan meyakinkan saya untuk kekal. Saya tidak mengumumkan peletakan jawatan saya pada masa itu untuk menjaga reputasi Najib," katanya.
Saksi itu berkata isu yang membawa kepada peletakan jawatannya termasuk pemindahan US$1 bilion tanpa kelulusan lembaga pengarah, kegagalan menjalankan penilaian ke atas usaha sama PetroSaudi International Ltd (PSI), kegagalan melantik penilai bebas untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan boleh dipercayai mengenai nilai aset syarikat usaha sama dan kegagalan dalam pelantikan tiga orang wakil dalam syarikat usaha sama.
Najib, 68, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.
Perbicaraan di hadapan hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 09 2022
Mohd Bakke, 68, berkata perkara itu menjadi antara sebab utama beliau memutuskan untuk meletak jawatan pengerusi serta ahli lembaga pengarah (BOD) 1MBD pada 2009. - Gambar fail
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
Dakwa kerajaan ambil tindakan terhadap kritikan, Syed Saddiq diminta tidak hipokrit - Fahmi
Fahmi berkata kerajaan tidak menghalang rakyat untuk mengkritik, khususnya melibatkan dasar yang dilaksanakan kerajaan.
Dua anak Tun M sekali lagi diberi tempoh lanjutan 30 hari bagi isytihar harta
Maklumat harta serta aset Mirzan dan Tan Sri Mokhzani sejak empat dekad lalu perlu dikemukakan dalam tempoh 30 hari kepada SPRM.
AWANI Ringkas: Kes saman fitnah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: PRK Kuala Kubu Baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thomas Cup: Zii Jia ketepikan 'kegoyahan' kem perseorangan lelaki negara
Lee Zii Jia tidak mahu terlalu memikirkan situasi kem perseorangan negara yang kurang mantap menjelang aksi pembukaan Kumpulan D saingan Piala Thomas 2024 berdepan Hong Kong, esok.
AirAsia Group bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September - Tony Fernandes
AirAsia Group Sdn Bhd (AAG) bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September, mengambil alih status penyenaraian AirAsia X Bhd, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.
Sebutan rayuan pendakwaan terhadap Bung Moktar, isteri ditetapkan 29 Julai
Timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan Muhammad Noor Firdaus Rosli menetapkan tarikh itu semasa pengurusan kes hari ini dan beliau turut menetapkan pengurusan kes akhir pada 15 Julai.
Ada yang tak kena, Najib biasanya balas SMS saya, kata bekas pengerusi 1MDB
Mohd Bakke berkata perkara itu menjadi antara sebab utama beliau memutuskan untuk meletak jawatan pengerusi serta ahli lembaga pengarah (BOD) 1MBD pada 2009.