Seorang pengguna Facebook hari ini berkongsi pengalaman berhadapan dengan letupan bateri telefon pintar Note 7.
Dalam kiriman Facebook yang bernada sinis, Robson Ng mengucapkan ‘terima kasih’ kepada Samsung kerana memberikan pengalaman kepadanya menangani situasi telefon meletup di dalam kereta.
Menurut Robson, insiden tersebut berlaku pada jam 4 pagi hari ini ketika dia memandu di lebuhraya.
Selepas telefon meletup, api dan asap mula merebak di dalam kereta.
Robson berjaya menghentikan kereta di bahu jalan tanpa sebarang kemalangan walaupun penglihatan terhad dan sesak nafas disebabkan asap.
Astro AWANI masih cuba menghubungi Robson untuk butiran lanjut.
Dalam satu kenyataan media pada 12 Oktober, Samsung Malaysia telah menggesa para pengguna yang memiliki Note 7 untuk mematikan peranti tersebut serta-merta.
Tambah Samsung, para pelanggan pra-pesanan akan menerima pulangan wang atau menggantikan Note 7 dengan model S7 Edge sekiranya telefon tersebut dipulangkan.
Nizam Bakeri
Sun Oct 16 2016
Bateri telefon yang meletup menyebabkan kebakaran dalam kereta Robson namun api sempat dipadamkan - Foto Facebook/Robson Ng
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Apple, Samsung didenda kerana 'paksa' pelanggan beli produk terbaharu
Apple dikenakan denda lebih tinggi kerana syarikat tersebut gagal memberitahu pelanggan mereka tentang jangka hayat bateri iPhone.
Adakah ini kes Note 7 meletup yang pertama di Malaysia?
Pengguna Facebook Robson Ng berkongsi pengalaman telefon pintarnya meletup di dalam kereta.
Larangan sepenuhnya Samsung Note 7 dalam penerbangan Qantas dan Jetstar
Larangan sepenuhnya telah dikuatkuasakan ke atas telefon pintar Samsung Galaxy Note 7 dalam semua penerbangan Qantas dan Jetstar mulai 16 Okt.
Pemulangan Note7: Celcom akan hubungi pelanggan
Celcom kini sedang menanti maklumat lanjut dari Samsung dan rakan niaga lain untuk tindakan selanjutnya.
Qantas, Virgin Australia larang penumpang guna Note 7 dalam pesawat
Kenyataan itu dibuat atas faktor keselamatan memandangkan Samsung sendiri mengakui risiko penggunaan model telefon pintar terbaharu itu.