IPOH: Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abd Halim kesal dengan tindakan Pemuda Perikatan Nasional (PN) yang mencadangkan tema dan logo berbeza bagi sambutan Hari Kebangsaan di empat negeri yang diperintah gabungan itu tahun ini.
Adam Adli berkata cadangan yang disifatkan bermotifkan politik itu sepatutnya tidak berlaku kerana sambutan Hari Kebangsaan harus diraikan dengan semangat perpaduan masyarakat dan bukannya perpecahan.
Justeru, beliau yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) menggesa agar semua pihak menghormati semangat dan prinsip federalisme atau persekutuan yang diamalkan di negara ini.
“Pertimbangan yang diambil itu adalah pertimbangan politik. Ia bukan satu pertimbangan yang berkait dengan mana-mana konteks yang berbentuk kenegerian atau kenegaraan, sebaliknya hanya semata-mata politik.
“Malah dalam sambutan Hari Kebangsaan ini, yang paling penting adalah meraikan semangat federalisme. Kita ada sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia dalam tempoh yang sama.
“Jadi, kenapa hendak dicemarkan Hari Kebangsaan sedemikian rupa? Saya kesal dengan perkara tersebut, ia tak patut berlaku,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program Jelajah Fit Malaysia Peringkat Negeri Perak di Kompleks Sukan Negeri di sini hari ini.
Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah.
Dalam pada itu, Adam Adli menegaskan tema sambutan Hari Kebangsaan yang diraikan tahun ini tidak ada kena-mengena dengan sebarang unsur politik kepartian.
Sebaliknya, katanya, ia adalah acara utama yang paling penting untuk disambut oleh seluruh rakyat di negara itu atas semangat perpaduan dan kenegaraan.
Beliau sebelum itu diminta mengulas berkenaan cadangan Pemuda PN yang mungkin akan menggunakan logo dan tema Hari Kebangsaan yang berbeza untuk sambutan peringkat negeri, berbanding yang diumumkan di peringkat persekutuan.
Ketua Pemuda PN Ahmad Fadhli Shaari dilaporkan berkata, Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu yang diperintah gabungan parti itu berkemungkinan menggunakan logo dan tema alternatif yang dilancarkan sayap pemuda itu.
Katanya, logo yang diperkenalkan berteraskan bunga raya dengan lima kelopak yang menjadi bunga kebangsaan, serta mengambil elemen warna yang terdapat pada Jalur Gemilang, dengan tema 'Teguh Muafakat Malaysia Sejahtera'.
Amirrul Rabbani
Sun Aug 20 2023
Adam Adli (dua, kanan) pada gimik perasmian Program Fit Malaysia Peringkat Negeri Perak di Kompleks Belia dan Sukan, Ipoh, hari ini. --- fotoBERNAMA
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Tiada fasiliti, stadium baharu untuk sukan SEA 2027 - Adam Adli
Kerajaan akan menaik taraf kemudahan-kemudahan sedia ada sukan untuk kegunaan pada 2027 termasuk di Sarawak.
PM Anwar hadir pada perlumbaan GP Malaysia 2024
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa hadir ke perlumbaan Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia 2024 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di sini.
Kompleks sukan di Kelantan bakal dilengkapi kemudahan sukan berkualiti tinggi
Semua kemudahan itu sedang dibina di Bukit Merbau, Pasir Puteh dengan komitmen penuh untuk disiapkan sebelum SUKMA Kelantan pada 2028.
AMK nafi wujud masalah dalaman dengan Pemuda UMNO
Ketua AMK Adam Adli Abd Halim berkata ia adalah perkara biasa apabila berlaku perbezaan pandangan dalam politik.
Isu tunggakan gaji: KBS saran FAM cari jalan penyelesaian sebaiknya
KBS menyarankan agar FAM menangani dan mencari jalan penyelesaian sebaiknya berhubung masalah tunggakan gaji pemain dalam Liga Malaysia (Liga M) 2024/2025.
PRK Sungai Bakap: Latar belakang Cikgu Joohari mampu tambat hati golongan muda - Adam Adli
Cikgu Joohari itu tidak perlu berlakon untuk menjadi orang muda, sebaliknya tahu bagaimana mendekati golongan itu.
KBS bantu atlet kayak dilanggar pemandu mabuk - Adam Adli
KBS akan memberi bantuan kepada atlet kayak, Siti Nurul Masyitah Elias yang parah akibat dilanggar oleh seorang pemandu mabuk di Johor Bahru pada Sabtu.
‘Beri ruang kepada Faisal jalani tempoh pemulihan’- Adam Adli
Faisal kini menunjukkan tanda-tanda positif dan keadaan kesihatannya bertambah baik.
Malaysia mempunyai 16,228 pemain pelapis bola sepak - Adam Adli
Di sebalik kebimbangan kehilangan bakat muda, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sebenarnya sedang giat menyediakan platform bagi mencari bakat baharu bola sepak negara.
Kerajaan akan pastikan SOP sukan berisiko tinggi sentiasa dipatuhi - Adam Adli
KBS juga akan memastikan kerjasama lebih rapat dengan Majlis Sukan Negeri selepas ini agar setiap SOP berkaitan penganjuran sukan berisiko tinggi dipertingkatkan.