awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Adik didakwa bunuh kakak kandung

Sinar Harian
Sinar Harian
31/12/2023
04:15 MYT
Adik didakwa bunuh kakak kandung
Said Afendi (tengah) di bawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Ahad. -Foto Sinar Harian
JOHOR BAHRU: Seorang lelaki warga Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, pada Ahad atas tuduhan membunuh kakak kandungnya, minggu lalu.
Said Afendi, 24, mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nur Khalida Farhana Abu Bakar.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.
Berdasarkan kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa membunuh hingga menyebabkan kematian Syarifah Ilawati, 42, yang juga warga Indonesia, di sebuah rumah di Blok 15, Taman Ungku Tun Aminah, Skudai di sini, kira-kira jam 2 pagi, pada 24 Disember lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.
Tiada sebarang jaminan dicadangkan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Fatimah Mamu yang turut memohon tarikh sebutan baharu sementara menunggu laporan kimia dan bedah siasat.
Mahkamah kemudian menetapkan 18 Februari 2024 untuk sebutan semula kes dan tiada jaminan dibenarkan terhadap tettuduh.
Pada prosiding itu, tertuduh tidak diwakili peguam.
Isnin lalu, polis berjaya menahan dua warga asing berusia 24 dan 41 tahun disyaki terbabit dalam pembunuhan seorang wanita warga asing di sebuah rumah.
Dua warga asing itu iaitu tertuduh yang juga adik mangsa dan seorang wanita yang merupakan teman serumah mangsa, direman seminggu hingga pada Ahad.
Polis turut merampas senjata pisau yang disyaki digunakan bagi membunuh wanita berkenaan di kediaman mereka. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#bunuh kakak kandung
#Said Afendi
#Syarifah Ilawati
#Mahkamah Majistret Johor Bahru
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan