awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dikejar lebih sejam, dua lelaki curi kabel telekomunikasi ditahan
Rumah ibadat atas tapak tidak sah: Penguatkuasaan perlu konsisten, adil - ABIM
KPDN teliti pindaan perundangan, tutup ruang manipulasi pembelian RON95 bersubsidi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Adik ditahan reman kerana kurung kakak OKU bersama najis

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
24/04/2018
05:58 MYT
Adik ditahan reman kerana kurung kakak OKU bersama najis
Perintah reman itu dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Sesyen Tuan Ruzaini Tuah Lah bermula hari ini hingga Khamis.
Seorang wanita ditahan reman tiga hari bagi membantu siasatan berhubung insiden seorang wanita kelainan upaya (OKU) yang ditinggalkan di sebuah rumah di Pengkalan Chepa, di sini.
Perintah reman itu dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Sesyen Tuan Ruzaini Tuah Lah bermula hari ini hingga Khamis.
Wanita yang ditahan itu merupakan adik kepada wanita OKU yang diabaikan itu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik, kes disiasat mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan.
Katanya, jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
Malam tadi, seorang wanita orang kelainan upaya berusia 44 tahun ditemui dalam keadaan lemah, dengan najis memenuhi ruang tempatnya berada di sebuah rumah di Taman Pinggiran Industri, Pengkalan Chepa, di sini.
Mangsa yang merupakan OKU lembam dikatakan dibiarkan oleh adiknya sehingga tidak terurus dan tidak makan sehingga mangsa dalam keadaan tidak bermaya.
Topic Berkaitan
#adik
#dikurung
#ditinggalkan
#isu semasa
#lembam
#OKU
#reman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan