PENYANYI terkenal, Adira Suhaimi memfailkan perceraian terhadap suaminya, Datuk Seri Adnan Abu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang pada Rabu.
Portal berita Harian Metro melaporkan, Adira memfailkan permohonan itu pada 1 April lalu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
Adira atau nama sebenarnya, Siti Adira Suhaimi, 28, yang disoal Hakim Syarie, Mohd Faizal Habib mengenai pendiriannya menegaskan, dia tetap mahu berpisah daripada suaminya.
Adnan pula atau lebih mesra disapa Datuk Red pula membantah permohonan isterinya itu ketika disoal Mohd Faizal.
Pasangan berkenaan tiba pada waktu berasingan di mahkamah.
Menurut portal Harian Metro, Datuk Red tiba lebih awal iaitu sekitar 2.50 petang bersama dua rakannya sementara Adira dilihat bersendirian pada pukul 3.05 petang.
Hakim Mohd Faizal Habib menetapkan 17 Disember ini sebagai tarikh sebutan hakam kes perceraian itu.
Adira turut diwakili peguam syarie Siti Nur Zafirah Mohd Padzil.
Berita keretakan rumah tangga pasangan berkenaan kedengaran sejak kebelakangan ini, namun dinafikan oleh kedua-duanya.
Adira dan Adnan bernikah di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015.
Pernikahan itu menjadikan Adira sebagai isteri kedua Adnan.
Hasil perkahwinan itu, pasangan berkenaan dikurniakan tiga cahaya mata termasuk seorang anak perempuan yang berusia dua bulan.
Astro Awani
Wed Oct 09 2019

Adira yang bernikah sebagai isteri kedua Adnan pada 3 Disember 2015 memfailkan perceraian hari ini. - Gambar fail

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini apabila peniaga mengambil untung selepas kenaikan baru-baru ini.
AWANI Ringkas: 795 mangsa banjir di empat PPS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Sidang Dewan Rakyat labuh tirai, 12 rang undang-undang lulus
Sidang kali ini juga mencatat sejarah dengan lulusnya Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023.
APEC 2023: Resilience, innovation & inclusivity
Impact investing in Malaysia with strategic approach
Prestasi semasa & unjuran FBM KLCI
Ketua Strategi, MIDF Research, Syed Muhammed Kifni Syed Kamaruddin berkongsi pandangan berkenaan prestasi semasa dan unjuran FTSE Bursa Malaysia KLCI.
Kertas Putih Gaji Progresif: Apa yang menarik?
Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani berkongsi pandangan beliau berkenaan Kertas Putih Cadangan Gaji Progresif yang dibentangkan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli di Dewan Rakyat pada Khamis.

Liverpool tunjuk taring di Liga Europa
Skuad kendalian Jurgen Klopp itu mengesahkan tempat teratas Kumpulan E hasil jaringan Gakpo dan gol daripada Luis Diaz dan Mohamed Salah.

PM Anwar individu pertama Malaysia miliki Digital ID
Digital ID ialah suatu bentuk pengenalan dan pengesahan diri individu secara digital, yang bakal dimanfaatkan sektor awam dan swasta.
![[LAPOR LANGSUNG] Raja Jordan desak Israel benar lebih banyak bantuan ke Gaza [LAPOR LANGSUNG] Raja Jordan desak Israel benar lebih banyak bantuan ke Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51701384826_TBQatariRedCrescent.jpg)
[LAPOR LANGSUNG] Raja Jordan desak Israel benar lebih banyak bantuan ke Gaza
Raja Abdullah berkata, tindakan Israel terus menahan aliran bantuan ke Gaza adalah tidak boleh diterima.

Adira fail cerai, suami bantah permohonan
Penyanyi terkenal, Adira Suhaimi memfailkan perceraian terhadap suaminya, Datuk Seri Adnan Abu pada Rabu

Adira selamat lahir cahaya mata ketiga
Bayi ketiga pasangan itu lahir pada 1.20 petang, Khamis dengan berat 3.35 kilogram.

Tajuk lagu 'Sembunyi': 'Tak ada kena mengena dengan kisah hidup'- Adira
Penyanyi Adira menjelaskan single barunya, berjudul Sembunyi tidak ada kena mengena dengan kisah hidupnya.

AF Megastar: Muktamad! hanya 12 bintang layak teruskan perjuangan
Setelah berentap pada Konsert AF Megastar Homecoming, akhirnya 12 daripada 24 bintang mara ke konsert seterusnya bermula minggu hadapan.

Elizabeth Tan bukan punca kami putus tunang - Adira
Penyanyi Adira meminta supaya tidak mengaitkan nama Elizabeth Tan yang kononnya menjadi punca terputusnya ikatan pertunangan dengan Presiden Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia, Shahrul Nasrun.