awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aduan tentang perkhidmatan kerajaan tentang perkhidmatan kerajaan melalui aplikasi bergerak

Bernama
Bernama
10/10/2014
00:50 MYT
Aduan tentang perkhidmatan kerajaan tentang perkhidmatan kerajaan melalui aplikasi bergerak
Ini cara terbaik untuk mendapatkan penyertaan orang ramai dalam inisiatif transformasi kerajaan ialah melalui penggunaan teknologi, termasuk aplikasi bergerak. - Foto Fail
Orang ramai boleh mengemukakan aduan tentang perkhidmatan kerajaan melalui telefon bimbit pada masa akan datang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng Kuan.
Beliau berkata cara terbaik untuk mendapatkan penyertaan orang ramai dalam inisiatif transformasi kerajaan ialah melalui penggunaan teknologi, termasuk aplikasi bergerak.
"Aplikasi bergerak jauh lebih mudah kerana setiap orang memiliki telefon bimbit. Jadi, telefon itu menjadi umpama kaunter (aduan)," kata Low selepas melancarkan sistem pengurusan aduan baharu dikenali sebagai Sistem Pengurusan Aduan Awam (Sispaa) pada Seminar Pengurusan Aduan Awam 2014 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini Khamis.
Low berkata beliau berharap penggunaan teknologi seperti sistem dalam talian akan dapat meningkatkan kepantasan dan kecekapan pengurusan aduan.
Menurut beliau aduan yang dikemukakan memberi peluang kepada kerajaan untuk menilai semula perkhidmatannya dan membuat penambahbaikan yang diperlukan bagi membasmi penyelewengan.
Kata Low tanpa wujudnya saluran untuk orang ramai menyertai kerajaan dalam membuat penambahbaikan, kerajaan mungkin terjerumus ke jurang perasaan berpuas hati yang berbahaya dan seterusnya terperangkap dalam zon selesa yang menyekat kemampuan kerajaan untuk menghadapi cabaran atau krisis yang tidak diduga.
Mengenai Sispaa, beliau berkata ia merupakan satu sistem pengurusan aduan komprehensif bagi mempercepatkan penyelesaian, menyediakan pemantauan tepat masa serta membolehkan pengadu menyemak status aduan mereka.
Sementara itu, Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam Datuk Mahani Tan Abdullah dalam ucapannya berkata satu pekeliling baharu yang menggariskan perubahan besar bertujuan meningkatkan kecekapan kementerian dan agensi kerajaan dalam mengurus aduan, akan dikeluarkan bulan depan.
Katanya setakat 8 Okt tahun ini, Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi penyelesaian aduan ialah 90.9 peratus, manakala KPI bagi aduan yang diselesaikan dalam masa 15 hari ialah 65.7 peratus.
"Statistik ini lebih tinggi daripada statistik pada 2013 iaitu masing-masing 96.7 peratus dan 53.1 peratus (hingga 31 Dis 2013).
Topic Berkaitan
#aplikasi bergerak
#Datuk Paul Low Seng Kuan
#Jabatan Perdana Menteri
#menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan