awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
VM2026: Strategi promosi perlu fokus kumpulan sasaran - Ahmad Zahid
KMP perkasa industri kitar semula bateri negara
Anwar nafi sebarang kaitan dengan kes Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ADUN Batu Kurau dirawat di hospital akibat kencing tikus

Sinar Harian
Sinar Harian
18/07/2025
06:10 MYT
ADUN Batu Kurau dirawat di hospital akibat kencing tikus
Keadaan Mohd Najmuddin yang dirawat di Hospital Taiping menerusi perkongsian di laman Facebook beliau pada Khamis.
IPOH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kurau, Datuk Mohd Najmuddin Elias terpaksa dikejarkan ke hospital selepas dipercayai mengalami jangkitan kencing tikus (leptospirosis) pada Khamis.
Pegawai Khasnya, Baharom Mohd Radzi yang mengesahkan perkara itu berkata, Mohd Najmuddin mengadu tidak sihat pada Rabu sebelum mengalami muntah, cirit-birit dan demam pada keesokan harinya.
Susulan itu, pihaknya menghubungi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut dan wakil rakyat daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu kemudiannya dibawa ke Hospital Taiping untuk rawatan.
“Ketika ini YB sedang dirawat dan berada dalam keadaan lemah. Berdasarkan maklumat doktor, beliau mengalami jangkitan kuman, paru-paru berair, jangkitan kencing tikus dan paras oksigen menurun.
“Saya bagi pihak Datuk (Mohd Najmuddin), memohon agar semua yang mengenali beliau khususnya penduduk kawasan Batu Kurau agar mendoakan kesihatan beliau serta dipermudahkan segala urusannya seperti biasa,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.
Baharom turut memaklumkan bahawa sebarang masalah atau aduan berkaitan isu kawasan boleh terus disalurkan kepadanya buat masa ini.
Sementara itu, dalam satu hantaran di Facebook rasmi Mohd Najmuddin pada Khamis, anak kepada ADUN berkenaan turut memaklumkan keadaan terkini bapanya.
Menurut hantaran tersebut, Mohd Najmuddin kini dirawat di Wad A4 Hospital Taiping sebelum dipindahkan ke Hospital KPJ Ipoh. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Hospital Taiping
#kencing tikus
#Adun Batu Kurau
#Mohd Najmuddin Elias
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan