awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ADUN Belaga sedia realisasi jalan raya

Tunku Nashrul Tunku Abaidah
Tunku Nashrul Tunku Abaidah
04/06/2013
08:04 MYT
ADUN Belaga sedia realisasi jalan raya
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belaga, Liwan Lagang menyambut baik usaha murni kerajaan persekutuan melalui kerjasama kerajaan negeri Sarawak untuk menyelesaikan masalah aksesibiliti di sekitar kawasan Kapit dan Belaga.
Jelasnya rakyat di kawasan berkenaan sudah lama menantikan akses jalan raya yang baik.
Menurut Liwan, beliau sedia bekerjasama dengan pihak kerajaan persekutuan dan negeri bagi membolehkan usaha itu dapat dilaksanakan.
Tambahnya beliau juga berhasrat untuk mengadakan perbincangan lanjut dengan Menteri Kerja Raya, Datuk Fadilah Yusof dan Timbalan Menteri Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Alexander Nanta Linggi berhubung program pembangunan di kawasan terlibat.
"Saya bersyukur mereka mempunyai perancangan lebih awal dan mereka telah maklumkan kepada kita bahawa mereka akan adakan pertemuan dengan wakil rakyat Sarawak untuk membantu mereka merencanakan projek pembangunan di negeri ini" jelas Liwan .
Sebelum ini Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Kor Jurutera Diraja Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan meneruskan projek jiwa murni yang kini giat berlangsung di dua kawasan tersebut.
Malah satu perbincangan antara beliau dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien telah diadakan berhubung perkara itu.
Walaupun tidak mudah untuk merealisasikan kedua-dua projek ini, terutamanya di jalan Sibu ke Kapit kerana mempunyai jalan balak yang merentasi gunung, hutan serta sungai.
Namun katanya dengan keprihatinan yang ditunjukkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak beliau percaya projek ini dapat dijalankan.
Malah mereka akan sedaya upaya mencari peruntukan tambahan bagi memastikan jalan raya berkenaan dapat dibina, dipertingkat serta dinaiktaraf.
Topic Berkaitan
#Belaga
#bot karam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan