awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia teruskan peningkatan dipacu belian saham murah
200 veteran ATM dijangka sertai AKPS bermula suku pertama tahun ini
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ADUN Bukit Assek Wong Ho Leng meninggal dunia

Astro Awani
Astro Awani
22/06/2014
00:50 MYT
ADUN Bukit Assek Wong Ho Leng meninggal dunia
Mendiang Wong menderita barah otak sejak tahun lalu
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek, Sarawak, Wong Ho Leng meninggal dunia malam tadi selepas menderita barah otak sejak tahun lalu.
Berita kematian itu dimaklumkan oleh beberapa orang pemimpin serta organ rasmi DAP melalui mesej di Twitter sambil mengucapkan takziah.
Sdr Wong Ho Leng ADUN Bukit Assek, meninggal dunia pada jam 10.50mlm tadi. Ucapan takziah buat keluarga beliau.
— Roketkini (@roketkini) June 21, 2014
Kami sekeluarga dan Keadilan ucapkan takziah. "@hafizulail: Takziah kepada keluarga bekas MP Sibu dan ADUN Bukit Assek, Wong Ho Leng. RIP."
— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) June 21, 2014
All grieve at passing of ex Sibu MP Wong Ho Leng Swak Assemblyman Bukit Assek. Deepest condolences 2Irene n children. RIP. In Sibu tmr
— Lim Kit Siang (@limkitsiang) June 21, 2014
RIP Wong Ho Leng, you have fought the good fight, God grant you rest and peace.
— Ong Kian Ming (@imokman) June 21, 2014
Ho Leng menjalani rawatan di Singapura sejak awal tahun ini sebelum dibawa balik dan dipindahkan ke hospital di Sibu.
Mendiang dilaporkan tidak sedarkan diri sejak 12 Februari dan sebelum itu hilang upaya untuk bertutur. Mendiang juga sebelum ini menjalani pembedahan trakeostomi iaitu menebuk lubang pada lehernya untuk membantu proses pernafasan.
Pada 16 April lepas, mendiang dimasukkan ke ICU di Pusat Rawatan Rajang di Sibu selepas jantungnya terhenti selama kira-kira 20 minit.
Kerajaan Negeri Sarawak awal bulan ini menyerahkan bantuan kewangan sebanyak RM1 juta kepada mendiang untuk menampung sebahagian kos rawatan yang beliau tanggung.
Bantuan kewangan itu diserahkan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar sebagai wakil kepada Ketua Menteri Tan, Sri Adenan Satem dan diterima oleh Irene dalam satu majlis di Pejabat Speaker DUN di Kuching pada 5 Jun lepas.
Mohamad Asfia dilaporkan memberitahu bantuan itu diberikan atas arahan Adenan yang bersimpati dengan keadaan Ho Leng.
Ho Leong merupakan seorang peguam dan sebelum ini Pengerusi DAP Sarawak. Beliau jadi ADUN Bukit Assek selama tiga penggal selepas menang dalam pilihan raya negeri pada 1996, 2006 and 2011.
Dalam PRU-13, Ho Leong tidak mempertahankan kerusi Parlimen Sibu yang dimenanginya dalam pilihan raya kecil pada 16 Mei 2010 atas nasihat doktor.
Topic Berkaitan
#ADUN Bukit Assek
#DAP
#Sarawak
#wong ho leng
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan