awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bangladesh terima 14 pemerhati pilihan raya dari Malaysia
Malaysia dibelasah Afghanistan 7-0 di Piala Asia Futsal
Penerbangan terus Bangladesh-Pakistan beroperasi semula selepas 14 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Adun Gunung Semanggol yang rebah akibat hipertensi kini stabil

Shafiq Noordin
Shafiq Noordin
15/02/2018
09:14 MYT
Adun Gunung Semanggol yang rebah akibat hipertensi kini stabil
Dr Zambry meluangkan masa hampir satu jam melawat Mohd Zawawi yang masih tidak sedarkan diri sejak kelmarin. - Foto Astro AWANI
Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menziarahi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gunung Semanggol, Mohd Zawawi Hassan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, hari ini.
Mohd Zawawi yang rebah di kediamannya kerana mengalami hipertensi kelmarin baru sahaja menjalani pembedahan di hospital tersebut, semalam.
Dr Zambry berkata, keadaan wakil rakyat PAS itu ketika ini stabil dan sedang menjalani proses pemulihan.
BACA: ADUN Gunung Semanggol dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainon
“Alhamdulillah, dimaklumkan doktor beliau stabil dan sedang menjalani proses-proses yang perlu dilakukan, sama-sama kita mendoakan beliau kembali pulih.
“Saya juga telah berjumpa dengan keluarganya, memberi kata-kata perangsang supaya bersabar menghadapi cabaran ini,” katanya ketika ditemui selepas ziarah berkenaan.
Tambah Menteri Besar lagi, sebarang perkembangan mengenai Mohd Zawawi akan dimaklumkan oleh pihak hospital dari masa ke semasa.
“Bersama-sama kita mendoakan agar beliau pulih dan diharapkan keluarganya bersabar menghadapi cabaran ini,” ujar beliau.
Dr Zambry meluangkan masa hampir satu jam melawat Mohd Zawawi yang masih tidak sedarkan diri sejak kelmarin.
Pada Selasa, Mohd Zawawi dilaporkan tidak sedarkan diri selepas terjatuh di dalam bilik air di kediamannya dan selepas dihantar ke Hospital, beliau memerlukan pembedahan untuk mengeluarkan darah beku di otaknya.
Topic Berkaitan
#ADUN
#Hospital
#Hospital Raja Permaisuri Bainun
#HRPB
#menteri
#Menteri Besar
#PAS
#rakyat
#Zambry Abd Kadir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan