awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ADUN Melaka dipercayai positif COVID-19, Kompleks Seri Negeri diarah tutup

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
01/10/2020
07:41 MYT
ADUN Melaka dipercayai positif COVID-19, Kompleks Seri Negeri diarah tutup
Proses nyah cemar itu dilakukan pasukan bomba selepas mendapat permintaan daripada pihak kerajaan negeri.
MELAKA:Bangunan pentadbiran kerajaan negeri Melaka, di Kompleks Seri Negeri, di sini diarah dikosongkan serta merta bagi kerja-kerja operasi nyah cemar selepas seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri itu dipercayai positif COVID-19.
Tinjauan Astro AWANI di perkarangan kompleks tersebut mendapati, pengawal keselamatan menutup pintu masuk utama bagi mengelak sebarang kenderaan masuk ke bangunan itu.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri berkata, proses nyah cemar itu dilakukan pasukan bomba selepas mendapat permintaan daripada pihak kerajaan negeri.
“Sepasukan anggota dan pegawai ke Kompleks Seri Negeri bagi melakukan proses sanitasi sebaik menerima panggilan daripada kerajaan negeri dan ia cuma sanitasi biasa,” katanya ringkas ketika dihubungi.
Terdahulu, tular di media sosial beberapa keping gambar sepasukan bomba memakai pakaian perlindungan diri (PPE) menjalankan proses sanitasi di Seri Negeri dan segala urusan membabitkan kerajaan negeri hanya akan disambung pada esok.
Ianya selepas seorang ADUN dikatakan disahkan positif COVID-19 selepas pulang dari Sabah.
Difahamkan, beliau bersama beberapa pemimpin UMNO Melaka baru pulang dari Sabah bagi membantu kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) itu.
Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman ketika hubungi Astro AWANI bagaimanapun memaklumkan sebarang pemakluman rasmi akan dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam sidang media harian petang ini.
Topic Berkaitan
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
#koronavirus
#Malaysia
#Kementerian Kesihatan
#Astro Awani
#JBPM
#Alor Gajah
#keselamatan
#COVID-19
#Kompleks Seri Negeri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan