Skip to main content

Malaysia

ADUN Pitas sekeluarga lafaz syahadah peluk Islam

KUDAT - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pitas, Datuk Seri Ruddy Awah bersama isteri dan anaknya secara rasmi memeluk Islam selepas melafazkan dua kalimah syahadah di kediaman mereka di Kampung Salimpodon Laut, Pitas, di sini, pada Ahad._Sinar Harian
Ruddy bersama isteri dan anak ketika melafaz dua kalimah syahadah yang dibimbing Mufti Sabah, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar di kediaman mereka di Kampung Salimpodon Laut, Pitas, Kudat.
Advertisement

PITAS: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pitas, Datuk Seri Ruddy Awah bersama isteri dan anaknya secara rasmi memeluk Islam selepas melafazkan dua kalimah syahadah di kediaman mereka di Kampung Salimpodon Laut, Pitas, di sini, pada Ahad.

Lafaz dua kalimah syahadah itu dibimbing Mufti Sabah, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar dan disaksikan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah merangkap Exco Agama Islam negeri, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zainudin Aman.

Ruddy bersama isterinya, Datin Seri Asiah Udin dan anak mereka, Aswady terlebih dahulu melafazkan dua kalimah syahadah secara bersama-sama sebelum mengulanginya secara bergilir-gilir, diikuti bacaan pengertiannya dalam bahasa Melayu.

Majlis kemudian diteruskan dengan laungan azan, diikuti bacaan ayat suci al-Quran sebelum diakhiri dengan selawat dan kenduri kesyukuran.

Majlis turut dihadiri Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, dan barisan menteri dan pembantu Kabinet negeri.

Sebelum ini, beliau yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya dan Utiliti Sabah dilaporkan sudah lebih 10 tahun mendekati dan mendalami Islam sebelum mengambil keputusan untuk memeluk agama itu atas keikhlasan hati tanpa sebarang paksaan. - Sinar Harian

 

 

Must Watch Video

Advertisement