awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Serkap: Dua warga tempatan ditahan seludup migran di Kota Bharu
Pemandu lori parah ditetak dua individu tidak dikenali di Batu Caves
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aerotrain KLIA dijangka beroperasi semula pada suku pertama 2025

Bernama
Bernama
17/07/2024
03:30 MYT
Aerotrain KLIA dijangka beroperasi semula pada suku pertama 2025
Langkah itu selaras dengan pelan penggantian Aerotrain di Terminal 1, KLIA yang dijadual siap sepenuhnya pada 31 Jan, 2025. - Foto fail/MAHB
KUALA LUMPUR: Perkhidmatan Penggerak Penumpang Automasi (Aerotrain) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dijangka beroperasi semula pada suku pertama 2025, kata Kementerian Pengangkutan (MOT).
Langkah itu selaras dengan pelan penggantian Aerotrain di Terminal 1, KLIA yang dijadual siap sepenuhnya pada 31 Jan, 2025.
"MOT dan Malaysia Airports Holding Bhd (MAHB) amat komited untuk memastikan pelan penggantian Aerotrain ini berjalan lancar mengikut garis masa ditetapkan," kata kementerian itu dalam jawapan bertulis yang disiarkan menerusi laman sesawang Parlimen pada Selasa.
Kenyataan itu sebagai menjawab pertanyaan Mohd Nazri Abu Hassan (PN-Merbok) yang meminta perincian status projek system penggantian aerotrain KLIA, termasuk perjanjian baharu dimeterai oleh MAHB serta anggaran kos projek berkenaan.
Mengulas perjanjian baharu itu, MOT berkata MAHB telah memeterai surat perjanjian dengan ALSTOM Transport Systems (Malaysia) Sdn Bhd, IJM Construction Sdn Bhd dan usaha sama bersama Pestech Technology Sdn Bhd (IJMCPestech JV) pada 12 Jan, 2024 dengan jangkaan projek berkenaan siap pada 31 Mac, 2024.
Bagi menyegerakan garis masa pelaksanaan penggantian aerotrain itu, MAHB juga telah menandatangani suatu perjanjian baharu bersama pihak ALSTOM Transport Systems (Malaysia) Sdn Bhd pada 14 Jun, 2024, bagi memastikan projek ini dapat disiapkan sepenuhnya pada tarikh berkenaan, kata MOT.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#aerotrain
#KLIA
#MOT
#Terminal 1
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan