KUALA LUMPUR: Kerjasama dan disiplin merupakan dua elemen penting yang dimainkan dengan baik dalam perancangan untuk memastikan Malaysia menjuarai Kejohanan Bawah 19 Tahun (B-19) Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 di Indonesia.
Ketua Jurulatih skuad B-19 kebangsaan Hassan Sazali Mohd Waras berkata dua elemen tersebut membawa kepada kejayaan pasukan muda negara yang menjinakkan Laos 2-0 pada final di Stadium Patriot Candrabhaga di Bekasi, semalam.
BACA: Piala B-19 AFF 2022 milik Malaysia, benam Laos 2-0
Beliau yang pernah menjadi penolong jurulatih skuad kebangsaan kendalian Datuk Ong Kim Swee pada 2016 hingga 2017 berkata kejayaan itu bukan untuk dirinya tetapi barisan pemain dan seluruh rakyat Malaysia.
"Tahniah kepada barisan pemain saya, barisan kejurulatihan dan pengurusan pasukan, apa yang kita berikan ini adalah (hasil) kerjasama antara pemain, jurulatih dan pengurusan.
"Senjata kita pada malam ini (malam tadi) saya boleh katakan adalah disiplin pemain, semasa dalam permainan mereka ikut apa yang dirancang," katanya pada sidang media selepas perlawanan akhir Kejohanan B-19 AFF, semalam.
Pada perlawanan akhir itu, dua gol masing-masing dijaringkan pemain pertahanan, Muhammad Faiz Amer Runnizar pada minit ke-14 dan pemain tengah, Muhammad Aliff Izwan Yuslan pada minit ke-76, memastikan Malaysia meraih gelaran kedua dalam tempoh empat tahun selepas buat julung kali muncul juara pada 2018.
Pada edisi 2018 yang turut berlangsung di Indonesia, skuad B-19 kebangsaan ketika itu dibimbing pengendali Kuala Lumpur City FC Bojan Hodak.
Dalam pada itu, Hassan Sazali berkata Kejohanan B-19 AFF adalah pertandingan 'pemanas badan' untuk mempersiapkan anak buahnya bagi menghadapi cabaran lebih getir pada pusingan Kelayakan Piala Asia Bawah 20 Tahun (B-20) 2023 yang dijadual berlangsung di Mongolia, September ini.
"Jadi mungkin dengan kejayaan ini boleh dijadikan sebagai satu moral dan persiapan lebih rapi bagi pasukan Malaysia untuk melangkah lebih jauh dalam peringkat Asia," katanya.
Pada pusingan kelayakan itu, Malaysia diundi dalam Kumpulan E bersama juara terbanyak sebanyak 12 kali iaitu Korea Selatan, selain Sri Lanka dan pasukan tuan rumah untuk merebut slot 10 juara kumpulan dan lima naib juara terbaik ke pusingan akhir yang dijadual pada Mac tahun hadapan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 16 2022
Malaysia muncul juara kejohanan bawah 19 tahun Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2022 selepas menundukkan Laos 2-0 di pentas final. - Foto Facebook/Football Association of Malaysia
Dua strategi utama jayakan Tahun Melawat Johor 2026
Menaik taraf infrastruktur pelancongan serta menggerakkan promosi semua produk pelancongan di Johor secara agresif merupakan dua strategi utama untuk menjayakan agenda Tahun Melawat Johor 2026.
Apa itu Nakba? Ini 7 fakta berdasarkan rekod PBB dan 6 fakta dijana AI
Tulisan ini mengandungi tujuh perkara anda perlu ingat mengenai malapetaka Nakba, dan enam lagi kesimpulan mengenai Nakba yang dihimpun oleh kecerdasan buatan (AI).
Mediasi tiga pemimpin DAP, Siti Mastura gagal, perbicaraan diteruskan
Tiga pemimpin DAP serta Ahli Parlimen Kepala Batas Dr Siti Mastura Muhammad, gagal mencapai persetujuan untuk menyelesaikan saman fitnah melalui proses mediasi.
KKM keluar 4,133 kompaun kesalahan merokok bernilai RM1.02 juta
Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengeluarkan 4,133 kompaun bernilai RM1.02 juta sepanjang April lepas atas kesalahan merokok.
PM arah tanam semula 100 pokok baharu ganti setiap pohon ditebang
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Kamarulzaman Mat Salleh untuk menanam semula 100 pokok baharu bagi menggantikan satu pohon yang ditebang.
PM cadang pertimbang tahanan rumah Najib selepas kes 1MDB selesai
Datuk Seri Anwar Ibrahim berpandangan bahawa Yang di-Pertuan Agong hanya perlu mempertimbangkan tahanan rumah kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selesai.
Bekas pengerusi syarikat didakwa subahat guna dokumen palsu
Bekas pengerusi syarikat pengeluar getah, GIIB Holdings Berhad, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan bersubahat menggunakan dokumen palsu.
Fahmi kecam tindakan Meta turunkan hantaran Anwar bertemu Hamas
Kementerian Komunikasi mengecam tindakan syarikat induk Facebook, Meta Platforms yang menurunkan posting syarikat media berkaitan pertemuan PM, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan sayap politik, Hamas.
Belia perlu ada integriti, harga diri, maruah - Adam Adli
Belia perlu ada integriti, harga diri, maruah - Adam Adli
Jumlah jawatan bagi ST1 2024 meningkat 1.5 peratus kepada 8.94 juta - DOSM
Jumlah jawatan pada suku tahun pertama 2024 (ST1 2024) meningkat sebanyak 1.5 peratus dari tahun ke tahun kepada 8.94 juta jawatan.
"Keadaan Faisal Halim bertambah baik, tunggu sidang media tengah hari ini" - Shahril
Timbalan Presiden FAS memaklumkan akan berkongsi perkembangan lanjut berkenaan keadaan Faisal tengah hari ini.
Liga Super: Tangan Kamal Azizi patah terkena bola sepakan pemain Kuching City
Kamal dikeluarkan seawal minit pertama perlawanan selepas bola sepakan pemain pertahanan Kuching City terkena tangan kanannya.
Lima pemain Vietnam ditangkap salah guna dadah
Kelab itu difahamkan bakal menamatkan kontrak pemain yang terlibat dalam ke penyalahgunaan dadah itu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 8 Mei 2024.
Polis tingkat kawalan keselamatan pemain TFC
Polis Terengganu meningkatkan kawalan keselamatan terhadap pemain Terengganu FC (TFC) susulan insiden serangan yang menimpa dua pemain bola sepak tempatan pada Khamis dan semalam.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Penggunaan VAR perlu masa untuk sempurna - Kuljanac
Miroslav Kuljanac berkata penggunaan VAR amat penting, namun memerlukan masa dari segi pengendalian untuk benar-benar sempurna.
Hari ini, VAR pertama kali digunakan di Malaysia
Teknologi itu digunakan dalam aksi Piala Menteri Wilayah Persekutuan melibatkan pasukan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan di Cheras.
FAM lancar Akademi Pengadil Profesional
Seramai 30 pengadil termasuk tiga pengadil wanita dipanggil untuk menyertai akademi berkenaan bagi fasa pertama bermula tahun 2023-2025.