Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan kerajaan pusat akan memperhebatkan lagi agenda pembangunan kawasan luar bandar di Sarawak.
Menurutnya, kemenangan besar Barisan Nasional (BN) di Sarawak pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) baru-baru ini membuktikan rakyat negeri ini mahukan kerajaan meneruskan usaha transformasi kawasan luar bandar.
"Agenda pembangunan luar bandar di negeri Sarawak akan diperkasakan lagi selepas ini supaya kawasan-kawasan yang masih tertinggal di kawasan luar bandar itu dapat dibangunkan.
"Kerajaan Barisan Nasional adalah sebuah kerajaan yang menepati janjinya untuk membangunkan kawasan luar bandar tidak kira sama ada ia kawasan SPDP, PBB atau PRS di Parlimen Julau," katanya hari ini.
Perdana Menteri berkata demikian pada majlis sambutan perayaan Gawai Dayak di Rumah Panjang George, Nanga Nangsang, Pakan di sini yang turut dihadiri oleh isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Pembangunan Sosial Sarawak dan Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) Tan Sri William Mawan Ikom.
Perdana Menteri berkata BN adalah sebuah parti yang sentiasa menunaikan janji kepada rakyat, tidak seperti pembangkang yang hanya berniat untuk memperoleh kuasa.
"Pembangkang hanya tahu berjanji kerana mereka hanya mahu ke Putrajaya untuk berkuasa sehinggakan mereka mengadakan majlis angkat sumpah untuk menjadi perdana menteri," katanya.
Najib turut menyampaikan penghargaan terhadap sokongan berterusan masyarakat Dayak terhadap BN pada PRU13.
"Sokongan ini perlu dibalas. Percayalah kita tidak akan membuat janji-janji manis yang tidak boleh ditunaikan kepada masyarakat Dayak dan negeri Sarawak," katanya.
Perdana Menteri berkata beliau puas hati dengan prestasi parti-parti komponen BN yang bertanding di kawasan pedalaman Sarawak seperti SPDP yang menyapu bersih empat kerusi Parlimen yang ditandinginya.
Dengan mandat yang diperoleh daripada rakyat, Najib berkata kerajaan akan memastikan agenda transformasi negara untuk muncul sebagai sebuah negara maju menjelang 2020 tercapai.
Turut hadir pada sambutan hari ini ialah anggota Parlimen Julau Datuk Joseph Salang yang juga bekas Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.
Bernama
Sun Jun 09 2013
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Banjir: Johor, Pahang beransur pulih, Perak kekal
Situasi banjir di Johor dan Pahang semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri tersebut terus mencatatkan penurunan.
Farm Fresh hulur bantuan pasca banjir di Pantai Timur dan Utara
Farm Fresh Berhad, syarikat pengeluar tenusu tempatan terkemuka melancarkan misi bantuan pasca banjir bermula enam disember lalu untuk membantu mangsa banjir yang terjejas teruk di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
KKDW akan laksana PKD Mobile mini di Sabah, Sarawak - Rubiah
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile mini di kawasan jauh jangkauan khususnya di Sabah dan Sarawak.
Johor peruntuk RM16.8 juta bantu 280,000 keluarga miskin dan B40
Johor memperuntukkan sebanyak RM16.8 juta bagi Program Bantuan Kasih Johor hasil daripada pendapatan yang mencecah RM2 bilion tahun ini.
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Kepengerusian ASEAN: Malaysia boleh majukan inisiatif karbon di rantau ini
Kepengerusian ASEAN 2025 oleh Malaysia memberikan peluang terbaik untuk memajukan dagangan karbon dan kredit karbon dalam kalangan negara anggotanya.
Belanjawan 2025: Kerajaan diharap sedia peruntukan khas tingkat industri pelancongan Melaka
Kerajaan Persekutuan diharapkan dapat memberikan peruntukan khas untuk memperbaiki infrastruktur dan kemudahan awam di Melaka.
Program Kepimpinan Muda TH siri kedua perkasa sahsiah kepimpinan pelajar
Lembaga Tabung Haji (TH) meneruskan usaha melestarikan pemerkasaan dan pembangunan sahsiah kepimpinan pelajar melalui Program Kepimpinan Muda TH siri kedua melibatkan 90 orang pelajar.
[KOLUMNIS] Kerajaan komited majukan infrastruktur jalan raya di Sabah dan Sarawak
Di Malaysia, pembangunan infrastruktur seperti jalan raya merupakan kunci kepada kemajuan ekonomi dan kesejahteraan masyarakat.
Bidang STEM: 100 saintis akan turun ke kawasan luar bandar - PM
Anwar berkata saintis-saintis mahir boleh mempamerkan penemuan-penemuan baharu dalam bidang sains, digital, mahupun kecerdasan buatan (AI).
Sarawak perkenal MySRBN Home Prepaid Plan untuk kawasan luar bandar
Sarawak akan memperkenalkan MySRBN Home Prepaid Plan iaitu pelan prabayar Internet bagi kegunaan setiap isi rumah di kawasan luar bandar dengan harga serendah RM5 seminggu untuk 200 gigabait (GB).
KKDW sasar lima PKD Mobile tahun ini
Rubiah berkata, ia berdasarkan sambutan baik masyarakat setempat terhadap program tersebut yang diadakan di tiga lokasi tahun lepas.
KKDW peruntuk RM1.5 bil dalam RMK12 untuk pembangunan luar bandar Sarawak
Ia bagi memudahkan pelaksanaan pelbagai upaya bagi mencipta masyarakat luar bandar yang kompetitif dan meningkatkan kualiti hidup mereka.
PETRA di landasan tepat capai 98 peratus liputan air bersih, pembentungan di luar bandar
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berada di landasan tepat untuk mencapai 98 peratus liputan air bersih dan pembetungan di kawasan luar bandar menjelang akhir 2025.
Usaha cari bakat baharu golongan Orang Asli, luar bandar perlu dipergiat - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan tidak sesekali akan meminggirkan kanak-kanak Orang Asli dan luar bandar dalam menyediakan peluang dan akses untuk bersukan.