KUALA LUMPUR: Kesiapsiagaan dan kerjasama agensi keselamatan di bawah Arahan Majlis Keselamatan Negara 20 (MKN 20) dalam aspek pengurusan bencana di ibu negara berada pada tahap yang baik, namun masih ada ruang penambahbaikan yang boleh diberi perhatian.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata perkara itu perlu dipertimbangkan oleh setiap ketua agensi keselamatan terutamanya terhadap aspek tindak balas penyaluran bantuan kepada mangsa bencana.
"Diharapkan selepas ini ketua agensi akan menilai dan tambah baik supaya apabila berlaku bencana di Kuala Lumpur, kita semua lebih bersedia dan dapat bergerak sebagai satu kumpulan dalam memberi bantuan dan manfaat lebih besar kepada masyarakat.
"Kita tidak mahu setiap satu (agensi keselamatan) bergerak secara solo, sebaliknya beri bantuan kepada mangsa di Kuala Lumpur secara satu kumpulan bagi memenuhi keperluan MKN 20," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Simulasi Banjir (Field Training Exercise - FTX) MKN 20 Siri 1/2022 Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya di Kampung Periuk, di sini hari ini.
Sementara itu, Azmi berkata Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengenal pasti 25 lokasi hotspot banjir kilat di ibu negara buat masa ini.
"Kita semua sedia maklum biasanya pada bulan Disember dan Januari akan berlaku banjir kilat di ibu negara yang mana airnya cepat naik dan surut berpunca daripada isu perparitan dan longkang tersumbat.
"Menerusi simulasi ini juga, diharapkan selepas ini kita dapat tambah baik prasarana di lokasi-lokasi tersebut supaya bilangannya (hotspot) dapat dikurangkan demi kemaslahatan rakyat," katanya.
Hari ini, PDRM bersama Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Wilayah Persekutuan dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah melaksanakan program simulasi banjir bertujuan bagi meningkatkan tahap kefahaman dan keupayaan setiap agensi dalam aspek pengurusan bencana.
Seramai 350 peserta daripada 23 agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan menjayakan simulasi tersebut yang dijalankan di tiga lokasi iaitu di Kampung Periuk, Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri Wilayah dan Dewan Sultan Sulaiman.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 10 2022
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim ketika sidang media sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur hari ini. - Foto BERNAMA
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Prestasi mingguan FBM KLCI dan unjuran minggu depan
#NiagaAWANI bersama Ketua Strategi MIDF Research, Syed Muhammad Kifni Syed Kamaruddin bagi membincangkan mengenai prestasi mingguan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI).
Kad Laporan MITI: Mudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & pacu industri
Pengarah Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa, UKM, Prof Dr Sufian Jusoh mengulas berkenaan kad laporan MITI yang memberi fokus kepada memudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & memacu industri.
Harta intelek: Ada kesedaran tapi masih ada yang suka curi dan ciplak
Senario menciplak yang masih berleluasa berpunca daripada sikap masyarakat yang menyokong barangan ciplak.
Gangguan seksual: Ketua pengarah sebuah agensi keselamatan beri keterangan esok - KPN
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata individu bergelar 'datuk' itu dijangka hadir ke IPD berkenaan pada 2.30 petang.
SPRM tahan enam termasuk lima pegawai agensi keselamatan terlibat tuntutan palsu
Enam individu termasuk lima pegawai agensi keselamatan negara ditahan kerana disyaki terlibat dalam tuntutan palsu dan rasuah membabitkan pembekalan peralatan senjata berjumlah lebih RM550,000.
Itali jadi sasaran serangan siber
Agensi Keselamatan Siber Kebangsaan (ACN) beri amaran agar organisasi mengambil tindakan melindungi sistem komputer mereka.
Agensi keselamatan, pengurusan di tahap baik tangani bencana di ibu negara
Kesiapsiagaan dan kerjasama agensi keselamatan di bawah Arahan Majlis Keselamatan Negara 20 (MKN 20) dalam aspek pengurusan bencana di ibu negara berada pada tahap yang baik.
Eksesais Samudera Perkasa Barat perkukuh kerjasama TLDM, Maritim Malaysia
Tema eksesais kali ini berbeza berbanding dahulu kerana terdapat elemen kepada peperangan asimetrik dan konvensional.
'All Together Now Malaysia' dihentikan sementara
Pihak penerbitan rancangan All Together Now Malaysia memutuskan untuk menghentikan sementara program tersebut sehingga siasatan berkaitan dakwaan berlakunya berlakunya pelanggaran SOP.
ATM nafi keluar produk guna nama 'Operasi Penawar', logo ATM-PDRM
Pihaknya mengesan terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab menjual produk berkenaan di dalam talian.
Perhimpunan ICERD: PDRM, MKN akan mesyuarat esok
Mesyuarat berkaitan dengan perhimpunan kesyukuran terhadap penolakan ICERD akan diadakan esok, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim.