MALAYSIA
Agensi penguatkuasaan junjung kasih titah Agong jalan tugas penuh integriti

Yang di-Pertuan Agong bertitah pada Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2025 bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Agensi penguatkuasaan di negara ini merafak sembah menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang menitahkan semua agensi penguat kuasa menjalankan tugas dengan penuh integriti agar rakyat terus yakin dan menghormati pasukan beruniform itu.
Ringkasan AI
- Agensi penguatkuasaan menjunjung titah Sultan Ibrahim: Ketua Polis Negara dan Ketua Pesuruhjaya SPRM menekankan kepentingan integriti dalam menjalankan tugas demi memastikan kepercayaan rakyat terhadap pasukan beruniform.
- Komitmen untuk meningkatkan integriti dan tadbir urus: PDRM dan SPRM berjanji untuk memperkukuh integriti, memerangi rasuah serta mengekalkan imej agensi keselamatan yang dihormati rakyat.
- Titah Sultan Ibrahim menegaskan kepentingan amanah: Baginda menyeru semua pasukan penguat kuasa agar menjalankan tugas dengan penuh berani dan integriti supaya kepercayaan masyarakat terhadap mereka kekal utuh.
Beliau berkata PDRM akan terus berusaha mempertingkat integriti, memperkukuh tadbir urus yang baik dalam pasukan itu serta memerangi sebarang bentuk salah laku demi memastikan imej agensi keselamatan berkenaan sentiasa dihormati rakyat.
"PDRM berdiri teguh di belakang titah Seri Paduka Baginda dan menegaskan bahawa setiap anggota PDRM akan terus menghayati nilai-nilai murni dalam menjalankan tugas untuk agama, bangsa dan negara," katanya.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki pula berkata titah Seri Paduka Baginda mesti dijunjung dan semua agensi penguat kuasa di negara ini perlu menjaga integriti dalam melaksanakan amanah yang diberikan oleh rakyat.
"Rakyat adalah mereka yang kita beri khidmat dan mereka selayaknya menerima perkhidmatan yang baik, cekap, beramanah termasuklah mesra rakyat dan tidak ada rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.
"Titah Tuanku adalah tepat pada masanya dalam kita sedang membina semula ekonomi negara kita ke arah negara yang berpendapatan tinggi. Negara yang rasuah akan rosak dan hancur," katanya kepada Bernama.
Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Datuk Nor Hisham Mohammad berkata titah Sultan Ibrahim pastinya dijunjung serta perlu digalas dengan penuh integriti dan amanah kerana jika ada yang berkelakuan tidak sewajarnya, tempiasnya terkena pada semua anggota.
"JBPM junjung kasih atas ingatan yang dititah. Pemakaian uniform seperti bomba adalah cerminan yang jelas kepada (kami) semua, siapa kami (JBPM) dan tugas yang kami lakukan," katanya.
Terdahulu, Sultan Ibrahim dalam Titah Diraja pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2025 bersempena dengan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara hari ini menyeru supaya semua agensi penguat kuasa menjalankan tugas dengan penuh integriti dan berani agar rakyat tidak hilang kepercayaan dan terus menghormati uniform yang dipakai.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami