awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Instagram perluas kawalan algoritma Reels kepada pengguna global berbahasa Inggeris
Puteri UMNO tegas 'survival' parti perlu evolusi
Permintaan tinggi kain gentian kaca jejaskan pengeluaran cip Apple, Qualcomm
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agihan BAP di Melaka dijangka selesai hujung bulan ini

Bernama
Bernama
15/01/2026
02:45 MYT
Agihan BAP di Melaka dijangka selesai hujung bulan ini
Adam Adli ketika merasmikan Majlis Penyerahan Cek Cura Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Kementerian Pendidikan peringkat Melaka 2026. - Foto BERNAMA
MELAKA: Agihan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) di Melak dijangka akan selesai diserahkan kepada semua penerima pada hujung bulan ini, kata Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Adam Adli Abd Halim.
Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya itu berkata, walaupun terdapat kebimbangan dalam kalangan ibu bapa memandangkan jumlah penerima dan wang tunai yang banyak, perkara tersebut dapat ditangani dengan baik oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Melaka.
"Nampaknya proses pengagihan berjalan lancar, tersusun, dan ibu bapa khususnya memberikan kerjasama yang baik. Jadi itu sedikit sebanyak mempermudahkan proses pengagihan, dan insya-Allah semua bantuan akan selesai diagihkan sebelum hujung bulan ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Penyerahan Cek Cura Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Kementerian Pendidikan peringkat Melaka 2026 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Krubong, yang turut dihadiri Pengarah Pendidikan Melaka, Mahfudzah Mohamed Noor, di sini hari ini.
Kerajaan Persekutuan sebelum ini memperuntukkan sebanyak RM23.3 juta bagi BAP di Melaka tahun ini, melibatkan 155,406 penerima daripada kalangan murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah.
BAP diagihkan kepada murid dan pelajar bagi meringankan beban ibu bapa dalam menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak mereka.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#BAP
#Adam Adli Abdul Halim
#wang tunai
#JPN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan