awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agihan bubur lambuk secara pandu lalu patuhi SOP COVID-19

Bernama
Bernama
15/04/2021
05:18 MYT
Agihan bubur lambuk secara pandu lalu patuhi SOP COVID-19
Tradisi pemberian bubur lambuk di Masjid India, Kuala Lumpur tahun ini diadakan semula dengan mengikut garis panduan SOP sebagai langkah membendung penularan COVID-19. --fotoBERNAMA
MELAKA: Agihan bubur lambuk percuma di Kampung Bukit Piatu di sini yang sentiasa dinanti-nanti setiap kali Ramadan, dijalankan secara pandu lalu seperti pelaksanaan ketika negara dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lepas.
Pengurus projek agihan bubur lambuk Baharom Sulaiman, 57, berkata agihan secara pandu lalu diteruskan tahun ini dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelakkan orang ramai daripada berhimpun ketika mendapatkan juadah berbuka puasa itu.
Beliau berkata pada tahun ini juga agihan bubur lambuk dibuat lebih awal iaitu kira-kira 2 petang berbanding 5 petang sebelum ini bagi mengelakkan kesesakan jalan raya.
"Pada tahun lepas, kita hanya menyediakan dua periuk besar bubur lambuk namun pada kali ini, ia meningkat kepada tiga periuk besar dengan satu periuk besar boleh menyediakan kira-kira 170 bungkus bubur lambuk," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata sebanyak 45 kilogram (kg) beras, 12kg daging dan 12kg santan digunakan untuk membuat satu periuk besar bubuk lambuk, dengan resepi diambil dari Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur yang terkenal dengan juadah itu pada bulan Ramadan.
"Sebanyak RM500 diperlukan untuk menyediakan satu periuk besar bubuk lambuk ini dengan kerja-kerja menyediakan bahan masakan bermula pada 7 pagi dan siap tiga jam kemudian sebelum diagihkan selepas solat Zohor," katanya.
Baharom berkata agihan bubuk lambuk berkenaan akan berlangsung sehingga 27 Ramadan sahaja bagi membolehkan penduduk terlibat untuk membuat persiapan Aidilfitri di rumah masing-masing pula.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bubur lambuk
#Melaka
#Kuala Lumpur
#agihan
#pandu lalu
#Kampung Bukit Piatu
#PKP
#SOP
#buka puasa
#juadah
#berbuka puasa
#masjid jamek kampung baru
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan