awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Global Sumud Flotilla hantar misi kemanusiaan terbesar ke Gaza pada 29 Mac
Adibah bawa agenda kerjasama pembacaan ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
NIOSH tawar 3,000 tempat kursus OSH-C percuma kepada PKS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agihan peratusan sumber makanan bagi negeri ikut kawasan berpotensi

Bernama
Bernama
27/04/2023
09:13 MYT
Agihan peratusan sumber makanan bagi negeri ikut kawasan berpotensi
Kawasan pengeluaran makanan adalah kawasan jelapang padi dan luar jelapang padi, TKPM Tanaman, TKPM Penternakan, padang ragut dan Zon Industri Akuakultur (ZIA). - Gambar hiasan/Bernama
PUTRAJAYA: Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) mencadangkan agar agihan peratusan kawasan sumber makanan bagi setiap negeri dibuat berdasarkan kawasan berpotensi untuk dijadikan kawasan pengeluaran makanan baharu.
Kawasan pengeluaran makanan adalah kawasan jelapang padi dan luar jelapang padi, Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Tanaman, TKPM Penternakan, padang ragut dan Zon Industri Akuakultur (ZIA).
KPKT dalam kenyataan hari ini memaklumkan cadangan itu dibuat selepas PLANMalaysia menjalankan kajian berkenaan perancangan guna tanah bagi tujuan pengekalan, pemuliharaan dan peningkatan kawasan sumber makanan negara.
Kajian tersebut telah melibatkan beberapa siri libat urus dengan agensi-agensi berkepentingan terutamanya Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan serta agensi di bawahnya, katanya.
"Kajian ini mencadangkan perlunya penetapan peratusan kawasan sumber makanan yang bersesuaian untuk mencapai sasaran self-sufficiency ratio (SSR) (kadar sara diri) yang telah ditetapkan dalam Dasar Agromakanan Negara dan Rancangan Fizikal Negara ke-4," menurut kenyataan itu.
KPKT berkata cadangan itu dapat mengurangkan kebergantungan terhadap import sumber makanan, menjamin kemudahcapaian makanan yang berterusan kepada rakyat dan meningkatkan tahap pendapatan pengeluar makanan.
"Ia juga mengukuhkan kedudukan negara dalam konteks Global Food Security Index (GFSI) dari segi ketersediaan, kebolehcapaian atau kuasa membeli, kestabilan dan kemampanan.
"Selain itu, ia dapat meningkatkan sumbangan sektor agromakanan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara, mengurangkan impak bencana terhadap kestabilan makanan negara melalui pengenalpastian kawasan baharu yang bersesuaian," katanya.
KPKT berkata cadangan yang dikemukakan itu juga dijangka memberi implikasi kewangan kepada kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri bagi penyediaan infrastruktur dan berkait dengan kos melepas (opportunity cost) akibat pengekalan kawasan sumber makanan.
PLANMalaysia adalah penyelaras dalam memudahcara perancangan kawasan sumber makanan negara.
Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) ke-41 dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 17 April lepas telah menerima cadangan keperluan penetapan 10 peratus keluasan tanah Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan bagi memastikan keterjaminan makanan negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kawasan sumber makanan
#KPKT
#pengeluaran makanan
#tanaman
#pertanian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan