Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini berkenan berangkat ke Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah-darjah Kebesaran Persekutuan sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong.
Istiadat yang berlangsung buat kali kedua di Istana Negara baharu di Jalan Duta di sini itu menyaksikan Seri Paduka berkenan mengurniakan darjah kebesaran kepada 1,574 penerima.
Terdahulu, Tuanku Abdul Halim dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah menuju ke peterana diraja sebelum Seri Paduka memeriksa kawalan kehormatan utama diiringi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Pada April tahun lepas, Tuanku Abdul Halim ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 dalam acara penuh istiadat di Istana Negara berkenaan.
Pertabalan bersejarah itu menyaksikan Tuanku Abdul Halim dilantik semula sebagai Ketua Negara sejak sistem giliran memegang jawatan dalam kalangan sembilan Sultan dan Raja Melayu dipraktikkan selepas Malaysia mencapai kemerdekaan pada 1957.
Tuanku Abdul Halim pertama kali ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Kelima pada 1970 semasa berusia 42 tahun, dan kini empat dekad kemudian, Seri Paduka ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada usia 84 tahun.
Istiadat Pengurniaan Darjah-darjah Kebesaran dimulakan dengan lagu kebangsaan 'Negaraku' sejurus keberangkatan tiba Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Hajah Haminah di Balai Rong Seri.
Seterusnya, perdana menteri menyampaikan ucapan sembah tahniah kepada Seri Paduka bagi pihak kerajaan dan rakyat Malaysia.
Tuanku Abdul Halim turut menerima ucapan tahniah daripada Doyen Kor Diplomatik, Duta Kemboja di Malaysia Norodom Arunrasmy yang mewakili Ketua-ketua Perwakilan Asing di Malaysia.
Seri Paduka menyampaikan Titah Diraja dan kemudiannya berkenan mengurniakan darjah-darjah kebesaran kepada 43 penerima hari ini.
Istiadat pengurniaan darjah-darjah kebesaran dimulakan dengan penganugerahan kepada Tuanku Laksamana Kedah Tuanku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah (ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah) yang dikurniakan Darjah Panglima Seri Mahkota (PSM) yang membawa gelaran 'Tan Sri'.
Istiadat pengurniaan seterusnya kepada Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa, yang menerima Darjah Panglima Mangku Negara (PMN) yang membawa gelaran 'Tan Sri'.
Seramai 45 individu lain dikurniakan Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang turut membawa gelaran 'Tan Sri' hari ini, antaranya bekas Menteri Penerangan Datuk Seri Dr Rais Yatim, bekas Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Peter Chin Fah Kui, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Seri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah dan Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri Datuk Shukry Mohd Salleh.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Abu Kassim Mohamed, Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Pejabat Perdana Menteri Datuk Seri Ab Aziz Kasim dan Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Prof Datuk Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar dan Datuk Michelle Yeoh Choo-Kheng turut dikurniakan PSM.
Selain itu, 59 penerima dikurniakan Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran 'Datuk'. Antara yang menerima hari ini ialah Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Madinah Mohamad, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan Datuk Dr Ong Hong Peng, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Che Mohd Hashim Abdullah, Perutusan Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Datuk Gulam Hussin Gulam Haniff.
Pereka fesyen antarabangsa Zang Toi, Pengarah Urusan Yeo Hiap Seng Berhad Tan Teow Choon, Duta Jenama Malaysia/Pereka Kasut Antarabangsa Datuk Choo Yeang Keat (Jimmy Choo), Panglima Markas 8 Briged, Markas Briged 8 Brig Jeneral Datuk Mohamad Zaki Hamzah dan Panglima Operasi Udara, Tentera Udara Diraja Malaysia Leftenan Jeneral Datuk Seri Ackbal Abdul Samad.
Sementara itu, enam individu dikuniakan Darjah Panglima Setia Diraja (PSD) yang membawa gelaran 'Datuk'. Dua individu menerima darjah pengurniaan itu hari ini iaitu Pegawai Khas kepada Perdana Menteri Profesor Dr Datuk Khairil Annas Jusoh dan Ketua Protokol, Jabatan Protokol Kementerian Luar Negeri Datuk Naimun Ashakli Mohammad.
Istiadat pengurniaan diakhiri dengan bacaan doa oleh Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh sebelum para penerima darjah kebesaran menikmati jamuan ringan bersama Seri Paduka berdua.
Hari keputeraan Yang di-Pertuan Agong secara rasminya disambut pada setiap Sabtu pertama bulan Jun, tidak mengambil kira tarikh hari keputeraan sebenar mana-mana Sultan atau Raja-Raja Melayu yang sedang memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong.
Bagi tahun 2013, hari Sabtu pertama bagi bulan Jun ialah pada 1 Jun.
Bernama
Sat Jun 01 2013
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pembangkang usul pecat kedua terhadap Suk Yeol
Parti pembangkang Korea Selatan sekali lagi, mengemukakan usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Khamis susulan kontroversi berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon sebelum ini. Ia selepas kegagalan usul pemecatan pertama yang tidak diluluskan di Parlimen negara itu sebelum ini.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Ratusan penunjuk perasaan bertembung dengan polis di Seoul
Ratusan penunjuk perasaan yang menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bertembung dengan polis pada Khamis ketika mereka cuba memasuki kediaman rasmi presiden itu di Seoul.
PM gesa institusi pendidikan manfaatkan pameran sejarah dunia Melayu-Islam
Perdana Menteri berkata gesaan ini turut ditujukan kepada Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Perpustakaan Negara Malaysia.
Majoriti rakyat Malaysia anggap layanan kerajaan pilih kasih
Majoriti rakyat Malaysia terutama kaum Melayu dan Cina melihat kerajaan tidak melayan semua pihak secara adil kerana wujud perbezaan kelas.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan mula beroperasi - Fahmi
Sebanyak 318 stesen pemancar atau menara telekomunikasi di seluruh negara yang terkesan bencana banjir sejak November hingga Khamis, telah mula beroperasi semula.
PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar bekas Naib Presiden parti itu Datuk Zuraida Kamaruddin daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.
Agong dan Permaisuri solat sunat Aidiladha di Masjid Aishah Langkawi
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berangkat menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Aishah, Kampung Sungai Menghulu di sini.
Yang di-Pertuan Agong ziarah jenazah Raja Puan Muda Kedah
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah beri penghormatan terakhir kepada Raja Puan Muda Kedah yang mangkat pada Isnin.
Taib Mahmud kini bergelar Tun
Yang Dipertua Negeri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud dianugerahi darjah kebangsaan Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.M), yang membawa gelaran Tun.
RCI kemuka laporan lengkap kepada Yang di-Pertuan Agong
Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) sudah mengemukakan laporan lengkap hasil penyiasatan mereka mengenai pendatang tanpa izin kepada Yang di-Pertuan Agong.
Agong lawat Hishammuddin di hospital
Seri Paduka berdua meluangkan masa selama setengah jam dengan Hishammuddin yang juga pemangku Menteri Pengangkutan, sebelum berangkat pulang.
Agong rasmi sambutan Maal Hijrah peringkat kebangsaan
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, yang diiringi Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah, berkenan merasmikan sambutan itu.
Agong solat Jumaat di Masjid Khalid Al-Walid Kementerian Pertahanan
Yang di-Pertuan Agong berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Khalid Al-Walid Kementerian Pertahanan di Jalan Padang Tembak.
Hubungan Malaysia-Singapura perlu terus diperkukuh - Tuanku Abdul Halim
Baginda bertitah peningkatan kemudahan perhubungan dan akses merentas sempadan antara kedua-dua negara akan merapatkan lagi hubungan antara rakyat Malaysia dan Singapura.
Agong berangkat ke Istiadat Menghadap, Pengurniaan Darjah Kebesaran
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini berkenan berangkat ke Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah-darjah Kebesaran Persekutuan sempena Hari Keputeraan baginda.
Agong bertitah Wasatiyyah dihayati perpaduan dapat dicapai
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bertitah sekiranya pendekatan wasatiyyah dapat dihayati, maka perpaduan boleh dicapai serta kecemerlangan akan menjadi kenyataan.