awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
OPS Selera: Imigresen serbu kedai makan terkenal di Kampung Baru
Darurat diisyihtiar di selatan California susulan ribut musim sejuk yang kuat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong berkenan berbuka puasa bersama warga UMP

Bernama
Bernama
14/04/2023
13:12 MYT
Agong berkenan berbuka puasa bersama warga UMP
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah ketika berangkat tiba pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Warga UMP. - Foto BERNAMA
KUANTAN: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli berbuka puasa bersama kakitangan dan pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP) di sini hari ini.
Turut berangkat ke majlis yang berlangsung di Kompleks Sukan UMP Kampus Gambang di sini, anakanda baginda, Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah.
Keberangkatan tiba Seri Paduka disambut barisan pentadbiran Pahang diketuai Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Pengerusi Lembaga UMP Tan Sri Dr Abdul Aziz Abdul Rahman dan Naib Canselor UMP Prof Datuk Dr Yuserrie Zainuddin.
Pada majlis itu, Al-Sultan Abdullah turut berkenan menyantuni dan mengurniakan sumbangan kepada 60 pelajar universiti tersebut.
Sementara itu, UMP menerusi kenyataannya memaklumkan mereka mengagihkan sumbangan berjumlah RM200,000 daripada pelbagai pihak termasuk potongan gaji warga kerja universiti bagi aktiviti penyediaan iftar Ramadan dan sahur percuma selama sebulan kepada lebih 1,600 pelajar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#mencemar duli berbuka puasa
#UMP
#Universiti Malaysia Pahang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan