awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong berkenan dimasyhurkan Penaung Utama Persekutuan Pengakap Negara

Bernama
Bernama
18/10/2023
14:32 MYT
Agong berkenan dimasyhurkan Penaung Utama Persekutuan Pengakap Negara
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan dimasyhurkan sebagai Penaung Utama Persekutuan Pengakap Negara. - Foto Facebook Istana Negara
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan dimasyhurkan sebagai Penaung Utama Persekutuan Pengakap Negara.
Menerusi hantaran di Instagram Istana Negara, pemasyhuran itu diadakan ketika Seri Paduka menerima menghadap pemangku Ketua Pengakap Negara Mej Jen (B) Prof Datuk Dr Mohd Zin Bidin, di Istana Negara hari ini.
Pada majlis tersebut, Al-Sultan Abdullah turut berkenan menerima persembahan Bintang Semangat Padi Emas iaitu anugerah tertinggi Persekutuan Pengakap Malaysia yang hanya disampaikan kepada tokoh-tokoh terbilang sahaja.
Turut hadir pada majlis itu, Timbalan Yang Dipertua Majlis Pengakap Negara (MPN) Datuk Ahmad Shazily Ismail Bakti, Bendahari Kehormat MPN Tan Sri Abdullah Taib, Yang Dipertua Dewan Rakyat merangkap Ahli MPN Tan Sri Johari Abdul dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara Nasaruddin Shamsuddin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#Penaung Utama Persekutuan Pengakap Negara
#Istana Negara
#Pengakap
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan