awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong berkenan menerima menghadap, berbuka puasa bersama PM

Bernama
Bernama
18/04/2023
21:30 MYT
Agong berkenan menerima menghadap, berbuka puasa bersama PM
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mesyuarat Pra-Kabinet sebelum berbuka puasa di Istana Abdulaziz, Kuantan pada Selasa. - Foto BERNAMA
KUANTAN: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mesyuarat pra-Kabinet di Istana Abdulaziz di sini pada Selasa.
Mesyuarat itu merupakan aktiviti mingguan Al-Sultan Abdullah untuk berbincang dan bertukar pendapat dengan Perdana Menteri dalam urusan serta isu berkaitan kerajaan.
Mesyuarat yang bermula pada 6 petang itu berlangsung selama kira-kira sejam, sebelum disusuli dengan majlis berbuka puasa di Dewan Santapan Besar istana tersebut.
Turut berangkat ke majlis berbuka puasa itu ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan anakanda-anakanda Seri Paduka termasuk Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.
Selain itu, majlis turut disertai Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan barisan pentadbiran kerajaan negeri serta pegawai kanan kerajaan.
Sebelum itu, Perdana Menteri turut bertemu dengan lebih 3,000 penjawat awam negeri ini di Kompleks Bandaraya Kuantan (MBK) di sini, bagi menyampaikan amanat beliau.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#Puasa 2023
#Anwar Ibrahim
#mesyuarat Pra-Kabinet
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan