LONDON: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah berkenan menyempurnakan majlis perasmian projek hartanah ikonik pelaburan Malaysia iaitu Stesen Janakuasa Battersea di Central London, menjelang pelancarannya kepada umum Jumaat ini.
Baginda diiringi Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj bersama Pesuruhjaya Tinggi Malaysia, Datuk Zakri Jaafar.
Keberangkatan tiba Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah di Stesen Janakuasa Battersea disambut oleh Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB) Tun Arifin Zakaria, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz; Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom (UK) Datuk Zakri Jaafar; Menteri Pelaburan UK Dominic Johnson dan Menteri Dasar Perdagangan UK, Greg Hands.
Yang di-Pertuan Agong menyempurnakan pembukaan Stesen Janakuasa Battersea dengan menghidupkan semula kuasa secara simbolik di Dewan Turbin A -- yang telah tidak aktif selama lebih 40 tahun dan kini akan menempatkan sebahagian daripada pusat beli-belah Stesen Janakuasa itu.
Baginda kemudiannya berkenan mencemar duli melancarkan plak memperingati lawatan -- peringatan kekal akan hubungan kukuh antara Malaysia dan United Kingdom.
Hampir empat dekad selepas penutupannya, mercu tanda tersenarai Gred II* yang telah dipulihkan itu akan dibuka kepada orang ramai pada Jumaat, 14 Okt.
Pernah menjadi stesen janakuasa arang batu satu ketika dulu, ia kini bersedia untuk menjadi salah satu destinasi beli-belah dan riadah yang paling menarik di London.
Di bawah jagaan pemegang sahamnya - Sime Darby Property, S P Setia dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sejak 2012, mercu tanda ikonik tersenarai Gred II* itu telah dipulihkan kembali kepada puncak kegemilangannya dahulu manakala ruang yang lebih luas telah berubah menjadi kawasan komuniti yang meriah dan rancak.
Pada 2019, syarikat pengurusan dana terkemuka Malaysia, PNB dan KWSP menjadi pemegang aset komersial jangka panjang bagi menjamin masa depan mercu tanda itu untuk generasi-generasi akan datang.
Sementara itu, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia Datuk Zakri Jaafar berkata pembukaan semula Stesen Janakuasa Battersea adalah bukti keupayaan Malaysia dalam melaksanakan projek pembangunan utama di UK.
"Saya yakin kita akan melihat lebih banyak usaha ini pada masa hadapan. Saya mengucapkan tahniah kepada PNB, Sime Darby Property, S P Setia dan KWSP atas segala usaha mereka dalam memulihkan dan membangunkan semula Stesen Janakuasa Battersea.
"Ini adalah pencapaian cemerlang dan mewakili hubungan dua hala, ekonomi dan pelaburan yang erat antara Malaysia dan UK," katanya.
Pengerusi Battersea Project Holding Company dan Pengarah Kanan Bebas Bukan Eksekutif Sime Darby Property Datuk Jagan Sabapathy pula berkata melalui kekuatan berterusan hubungan Malaysia-UK dan pengalaman luas para pemegang saham, konsortium itu telah berjaya menghidupkan semula ikon London.
"Bukan sahaja destinasi baharu dicipta daripada usaha menghidupkan semula stesen janakuasa yang tidak digunakan itu, malah komuniti yang berkembang maju telah pun wujud sejak pembukaan fasa pertama projek berkenaan, Circus West Village," jelasnya.
Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata transformasi yang dahulunya stesen janakuasa arang batu kepada destinasi kediaman, runcit dan percutian/riadah holistik yang juga mampu membekalkan tenaga mampan menandakan ia satu pencapaian penting dalam sejarah pembangunan hartanah London.
"Sebagai pelabur institusi jangka panjang, kami berharap untuk menyaksikan Stesen Janakuasa Battersea berkembang maju sebagai hab komuniti dan perniagaan yang mampan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 13 2022
Yang di-Pertuan Agong menyempurnakan pembukaan Stesen Janakuasa Battersea dengan menghidupkan semula kuasa secara simbolik di Dewan Turbin A. - Foto Twitter bernamadotcom
Malaysia mungkin perlu import lebih banyak gas jika tidak alih kepada tenaga mampan - Rafizi
Malaysia mungkin berdepan keperluan mengimport lebih banyak gas bagi tujuan penjanaan tenaga elektrik pada tahun-tahun akan datang.
Dron bawah laut mirip ikan pari
Manta Ray dibangunkan sebagai projek dron bawah laut yang boleh beroperasi tanpa sebarang campur tangan manusia.
Lebih 10,000 kes jenayah komersial direkodkan sejak Januari 2024
Sejumlah 10,106 kes jenayah komersial direkodkan melibatkan kerugian melebihi RM866 juta bermula Januari hingga 28 April tahun ini.
Pelaburan Microsoft cerminkan keyakinannya terhadap potensi digital Malaysia
Pelaburan tunggal terbesar Microsoft sebanyak AS$2.2 bilion dalam tempoh empat tahun akan datang mencerminkan keyakinannya terhadap potensi digital Malaysia.
Isu gandar: JPJ umum 600 unit Chery Omoda 5 dipanggil semula
Langkah itu bagi menyiasat dan mendapatkan maklumat lanjut demi memastikan keselamatan pemilik kenderaan serta pengguna jalan raya.
15 penaja warnai saingan Liga-M - Stuart
12 daripada penaja telah dimuktamad setakat ini, sementara tiga lagi akan dimeterai menjadikan jumlah penajaan lebih besar berbanding musim sebelumnya.
AWANI Ringkas: Kedudukan indeks kebebasan media Malaysia jatuh 34 tangga
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Perkeso laksana jerayawara bermula Isnin, beri penerangan caruman SKSSR
Perkeso akan melaksanakan jerayawara bermula Isnin ini bertujuan memberi penerangan mengenai kaedah penajaan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR).
10,106 kes jenayah komersial dicatat sejak Januari-April, libat kerugian RM866 juta
Sejumlah 10,106 kes jenayah komersial direkodkan melibatkan kerugian melebihi RM866 juta bermula Januari hingga 28 April tahun ini.
Sindiket tipu pelaburan di TikTok tumpas, lapan ditahan
Pengarah JSJK Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata mereka yang ditahan berumur lingkungan 21 hingga 43 tahun.
Apa yang perlu diketahui tentang Battersea Power Station?
Stesen Janakuasa Battersea yang bakal beroperasi secara rasmi bermula esok dibina siap dengan 100 buah kedai komersial, ruang pejabat dan juga unit kediaman.
Stesen Janakuasa Battersea siap sepenuhnya menjelang 2033
Projek itu telah siap 60 peratus dengan GBP5 bilion daripada jumlah nilai pembangunan kasar yang direalisasikan.
Agong berkenan rasmi pembukaan Stesen Janakuasa Battersea
Baginda turut berkenan mencemar duli melancarkan plak memperingati lawatan - peringatan akan hubungan kukuh Malaysia-United Kingdom.
Agong, Raja Permaisuri berkenan lawat Stesen Janakuasa Battersea
Projek hartanah berkeluasan 16.99 hektar itu merupakan usaha sama antara Sime Darby Property, SP Setia Berhad, KWSP dan PNB sejak 2012.