awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
India dan Pakistan saling bertukar senarai aset nuklear
Kepengerusian ASEAN: Filipina akan teruskan momentum pengerusi terdahulu
JPJ Kelantan kutip RM9.02 juta kompaun Januari-November 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong berkenan serah sumbangan peribadi buat mangsa banjir di PPS Kampung Baru

Bernama
Bernama
08/03/2022
20:40 MYT
Agong berkenan serah sumbangan peribadi buat mangsa banjir di PPS Kampung Baru
Sumbangan berkenaan disampaikan oleh Juruiring Tentera Darat Baginda, Brigadier Jeneral Datuk Sharizan Wan Chik. - Gambar/ Facebook Istana Negara
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menyerahkan sumbangan peribadi kepada mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, di sini.
Istana Negara menerusi perkongsian di laman Facebook rasminya memaklumkan sumbangan berkenaan disampaikan oleh Juruiring Tentera Darat Baginda, Brigadier Jeneral Datuk Sharizan Wan Chik.
"Seri Paduka Baginda menzahirkan harapan semoga bantuan yang dihulurkan sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan beban mereka," menurut kenyataan itu.
Semalam beberapa kawasan di sekitar Kuala Lumpur dilanda banjir kilat sehingga menyebabkan penduduk yang terjejas terpaksa dipindahkan ke PPS.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir Lembah Klang
#banjir kampung baru
#Yang di-Pertuan Agong
#sumbangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan