Skip to main content

Malaysia

Agong berkenan terima menghadap Perdana Menteri

Sumber: Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Sultan Ibrahim (kanan) berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Istana Bukit Tunku, Kuala Lumpur, pada Isnin. - Gambar Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, hari ini berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Istana Bukit Tunku, di sini.

Menurut hantaran dalam akaun media sosial Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, dalam pertemuan tersebut, Seri Paduka Baginda dipersembahkan perkembangan terkini berhubung urusan pentadbiran Kerajaan Persekutuan. 

Advertisement

Sultan Ibrahim dan Perdana Menteri Anwar turut membincangkan beberapa isu semasa melibatkan negara.

Menurut kenyataan Istana Negara, sesi menghadap itu merupakan sebahagian daripada mesyuarat berkala antara Seri Paduka Baginda dan Perdana Menteri bagi memastikan kelancaran hal ehwal pentadbiran kerajaan.

Must Watch Video