awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong hadir ke Rumah Terbuka Aidilfitri MB Johor

Bernama
Bernama
10/04/2024
11:17 MYT
Agong hadir ke Rumah Terbuka Aidilfitri MB Johor
Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda disambut oleh Onn Hafiz dan isteri Datin Sharmin Fazlina Mohd Shukor. - Gambar IG officialsultanibrahim
JOHOR BAHRU: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi di kediaman rasmi di Saujana di sini hari ini.
Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda disambut oleh Onn Hafiz dan isteri Datin Sharmin Fazlina Mohd Shukor.
Menerusi hantaran di laman sosial rasmi Seri Paduka Baginda, kelihatan para pengunjung teruja dan tidak melepaskan peluang bersalaman dan bergambar bersama baginda.
Terdahulu lebih 12,000 penduduk berbilang kaum di negeri ini hadir memeriahkan majlis rumah terbuka berkenaan dengan 32 gerai menyajikan 22 menu termasuk makanan tradisi Melayu Johor.
Anakanda baginda, Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar; Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman; Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar turut berangkat ke majlis berkenaan.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#rumah terbuka
#Aidilfitri
#makanan tradisi
#kediaman rasmi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan