awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong ke Qatar, tonton Piala Dunia 2022 atas jemputan Sheikh Tamim

Astro Awani
Astro Awani
13/12/2022
03:30 MYT
Agong ke Qatar, tonton Piala Dunia 2022 atas jemputan Sheikh Tamim
Seri Paduka Baginda dijadualkan berangkat tiba di tanah air pada 19 Disember 2022. - Foto Facebook/Istana Negara
KUALA LUMPUR: Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat ke Doha, Qatar bagi mengadakan lawatan khas selama enam hari, bermula hari ini.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin menerusi satu kenyataan media berkata, lawatan khas itu adalah atas persilaan peribadi Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani sempena temasya Piala Dunia Persekutuan Antarabangsa Persatuan Bola Sepak (FIFA) Qatar 2022.
"Selain persilaan menyaksikan perlawanan-perlawanan separuh akhir dan perlawanan akhir temasya ke-22 Piala Dunia FIFA itu, Seri Paduka Baginda turut dijadualkan melakukan kunjungan hormat dan pertemuan dengan Yang Mulia Sheikh Tamim.
"Seri Paduka Baginda turut dijadualkan menerima menghadap beberapa pemimpin kerajaan Qatar dan berangkat menghadiri majlis santapan bersama rakyat Malaysia di Qatar dalam rangka lawatan khas ini," memetik kenyataan itu.
Seri Paduka Baginda dijadualkan berangkat tiba di tanah air pada 19 Disember 2022.
Menurut Ahmad Fadil, persilaan peribadi Sheikh Tamim telah dipersembahkan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al-Thani semasa sesi menghadap di Istana Negara pada 12 Ogos 2022 lepas.
Seri Paduka Baginda juga merupakan Anggota Jawatankuasa Eksekutif FIFA dari tahun 2015 hingga 2019.
Susulan daripada pemilihan Seri Paduka Baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke16 pada awal tahun 2019, Baginda telah berkenan melepaskan jawatan tersebut selaras dengan Perkara 34(2), 32(3) dan 32(4) Perlembagaan Persekutuan.
Topic Berkaitan
#Piala Dunia 2022
#Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
#Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani
#lawatan khas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan