NATIONAL
Agong kurnia 100 ekor lembu untuk ibadah korban

Seri Paduka Baginda menitahkan daging korban berkenaan diagihkan kepada kakitangan Istana Negara, golongan asnaf dan B40. - Gambar/ Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan 100 ekor lembu untuk dikorbankan bersempena dengan sambutan Aidiladha.
Ringkasan AI
- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim mengurniakan 100 ekor lembu untuk ibadah korban sempena Aidiladha, dengan daging diagihkan kepada kakitangan Istana Negara, golongan asnaf dan B40.
- Baginda turut melafazkan niat korban yang dipimpin oleh Pegawai Agama Istana Negara, dan mewakilkan pelaksanaan ibadah korban kepada urus setia Istana Negara.
- Doa turut dipanjatkan agar ibadah korban diterima Allah SWT dan agar Seri Paduka Baginda serta Keluarga Diraja Johor sentiasa dirahmati dan dipermudahkan urusan dunia dan akhirat.
"Bagi menyempurnakan ibadah berkenaan, Sultan Ibrahim turut berkenan mewakilkan kepada urus setia pelaksana korban Istana Negara untuk melaksanakan ibadah korban bagi pihak Seri Paduka Baginda," menurut hantaran itu.
Pegawai Agama Istana Negara turut mendoakan semoga ibadah tersebut diterima Allah SWT dan Seri Paduka Baginda serta seluruh Keluarga Diraja Johor sentiasa dirahmati, diampuni dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami