awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong kurnia sumbangan kepada pemilik kenderaan ditimpa struktur bangunan runtuh

Bernama
Bernama
22/08/2023
15:27 MYT
Agong kurnia sumbangan kepada pemilik kenderaan ditimpa struktur bangunan runtuh
Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan rasa kesyukuran insiden runtuhan yang berlaku itu tidak melibatkan kemalangan jiwa. - Gambar FB Istana Negara
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyampaikan sumbangan peribadi kepada pemilik kenderaan yang terlibat dalam kejadian runtuhan struktur bangunan di Jalan Kuchai Lama di sini, baru-baru ini.
Menurut hantaran di Facebook Istana Negara hari ini, sumbangan itu diserahkan oleh Setiausaha Sulit Kanan kepada Yang di-Pertuan Agong Datuk Nazim Mohd Alim dalam majlis yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields hari ini.
Turut hadir pada majlis itu Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Amihizam Abdul Shukor, Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok dan Juruiring Polis kepada Seri Paduka SAC Mohd Azani Omar.
Dalam insiden 16 Ogos lepas, 10 kenderaan rosak teruk ditimpa runtuhan sebahagian struktur bumbung Blok A Bangunan Sri Desa Kuchai.
Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan rasa kesyukuran insiden runtuhan yang berlaku itu tidak melibatkan kemalangan jiwa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rasa kesyukuran
#struktur bumbung
#ditimpa runtuhan
#kemalangan jiwa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan