MALAYSIA
Agong kurnia watikah pelantikan tujuh ketua perwakilan Malaysia ke luar negara

Sultan Ibrahim (tengah) berkenan bergambar bersama ketua-ketua perwakilan yang baru dilantik di Istana Negara hari ini. Turut hadir, Mohamad (enam, kiri). - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada tujuh ketua perwakilan Malaysia ke luar negara, selain menerima watikah pelantikan ketua perwakilan asing ke Malaysia pad istiadat di Istana Negara, di sini.
Ringkasan AI
- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim mengurniakan watikah pelantikan kepada tujuh ketua perwakilan Malaysia ke luar negara termasuk ke Thailand, Arab Saudi, Afrika Selatan, Brazil, Jerman, Sepanyol dan Poland.
- Baginda turut menerima watikah pelantikan tujuh ketua perwakilan asing ke Malaysia dari Mesir, Jerman, Brazil, Austria, Ukraine, Norway dan Itali.
- Istiadat di Istana Negara turut dihadiri Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri dan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara.
Seri Paduka Baginda turut menerima watikah pelantikan tujuh ketua perwakilan asing yang baharu ke Malaysia iaitu Duta Besar Mesir Karim Mohamed Elsadat Abdelkarim Abdelkhalek, Duta Besar Jerman Silke Riecken-Daerr, Duta Besar Brazil Daniella Ortega de Paiva Menezes, dan Duta Besar Austria Gerhad Eisl.
Selain itu, Duta Besar Ukraine Hennadii Nadolenko, Duta Besar Norway Marianne Fosland, serta Duta Besar Itali Raffaele Langella.
Turut berangkat pada istiadat berkenaan ialah Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri Datuk Sri Amran Mohd Zin, dan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Tan Sri Azmi Rohani.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami