awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong kurnia Watikah Pelantikan TYT P. Pinang kelapan kepada Ahmad Fuzi

Bernama
Bernama
30/04/2021
06:32 MYT
Agong kurnia Watikah Pelantikan TYT P. Pinang kelapan kepada Ahmad Fuzi
Yang di-Pertuan Agong (kanan), berkenan mengurniakan Watikah Pelantikan Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Dipertua Negeri (YDP) Pulau Pinang kelapan kepada Ahmad Fuzi Abdul Razak (kiri) hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan mengurniakan Watikah Pelantikan Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Dipertua Negeri (YDP) Pulau Pinang kelapan kepada Tan Sri Ahmad Fuzi Abdul Razak di Istana Negara.
Pelantikan bekas diplomat itu berkuat kuasa esok sehingga tempoh empat tahun bagi menggantikan Tun Abdul Rahman Abbas yang telah berkhidmat selama 20 tahun.
Selepas istiadat pengurniaan watikah itu, Al-Sultan Abdullah turut berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara yang membawa gelaran Tun kepada Ahmad Fuzi.
Istiadat pengurniaan yang berlangsung pagi ini turut disaksikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Turut hadir isteri perdana menteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.
Turut hadir Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali, Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow dan Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang Datuk Abdul Razak Jaafar.
Ahmad Fuzi, 72, yang merupakan anak jati Sungai Bakap, Pulau Pinang, menyertai perkhidmatan diplomatik dan pentadbiran negara pada 1972 dan pernah berkhidmat dalam pelbagai kapasiti termasuk Ketua Setiausaha di Kementerian Luar Negeri sehingga tahun 2009.
Beliau pernah mengetuai delegasi pegawai kanan Malaysia dalam rundingan pelbagai persidangan dua hala, serantau dan antarabangsa dan terlibat dalam penganjuran sidang kemuncak seperti Sidang Kemuncak NAM (Pergerakan Negara-negara Berkecuali), Sidang Kemuncak OIC (Pertubuhan Kerjasama Islam) dan Sidang Kemuncak ASEAN.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#pelantikan TYT
#TYT Pulau Pinang
#pulau pinang
#Ahmad Fuzi Abdul Razak
#Abdul Rahman Abbas
#Al-Sultan Abdullah
#Muhyiddin Yassin
#Dewan Negara
#Rais Yatim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan