Skip to main content

Malaysia

Agong perkenan Anwar masuk menghadap - Sumber

51627706963_AnwarIbrahimdiPar.jpg
KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk menghadap Tuanku hari ini.

Sumber memberitahu Astro AWANI pertemuan itu diadakan di Istana Abdulaziz, Indera Mahkota, Pahang.

BACA: Agong zahir dukacita, pembatalan Ordinan Darurat dibuat sebelum perkenan Baginda

Bagaimanapun tiada maklumat lanjut mengenai isi pertemuan itu serta jam berapa ia akan berlangsung.

Setakat ini Astro AWANI masih cuba mendapatkan maklumat lanjut dari Pejabat Ketua Pembangkang. 



[TERKINI] YDP Agong dukacita pembatalan Darurat dibuat sebelum diperkenan Baginda




Ordinan Darurat | Kerajaan nasihati Agong batal semua ordinan - PMO




Advertisement

Must Watch Video