awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Terbuka Windy City: Sivasangari layak ke suku akhir, Eain Yow dan Aira tersingkir
PM Modi diberi sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold meninggal dunia akibat kanser
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong, Permaisuri zahir takziah atas pemergian Tunku Zahrah

Bernama
Bernama
28/02/2023
14:05 MYT
Agong, Permaisuri zahir takziah atas pemergian Tunku Zahrah
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Tunku Zahrah Tunku Osman yang kembali ke Rahmatullah, semalam. - Gambar Facebook Istana Negara
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Tunku Zahrah Tunku Osman yang kembali ke Rahmatullah, semalam.
Tunku Zahrah, 62, ialah sepupu kepada Raja Permaisuri Agong.
Menerusi perkongsian di Facebook Istana Negara, Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarham dan berharap seluruh keluarga Allahyarham sabar serta tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini.
Seri Paduka Baginda berdua turut mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman.
Tunku Zahrah telah berkhidmat lebih 30 tahun sebagai Pegawai Tadbir Negeri Johor, dengan perjawatan terakhir sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor, sebelum bersara pada 2020. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tunku Zahrah Tunku Osman
#mangkat
#sepupu Raja Permaisuri Agong
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan