awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong, Permaisuri zahir takziah kepada keluarga anggota keselamatan Istana Negara

Bernama
Bernama
19/12/2022
22:30 MYT
Agong, Permaisuri zahir takziah kepada keluarga anggota keselamatan Istana Negara
Amirul Faiz meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan ke tempat tugasnya, Khamis lepas. - Foto Facebook/Istana Negara
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Koperal Amirul Faiz Mohammad Ali, anggota keselamatan Istana Negara yang meninggal dunia, Khamis lepas.
Turut berkenan mengucapkan takziah ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Amirul Faiz, Seri Paduka berdua berharap seluruh keluarga Allahyarham sabar serta tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini.
"Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman," menurut hantaran di Facebook Istana Negara.
Menurut hantaran itu Amirul Faiz merupakan seorang anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bertugas di Bahagian Keselamatan Istana Negara selama 13 tahun.
Beliau meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan ke tempat tugasnya, Khamis lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
#Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
#takziah
#Amirul Faiz Mohammad Ali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan