KUALA LUMPUR:Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga dua petugas Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Pekan, yang maut dalam nahas jalan raya semalam.
Menurut kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebook Istana Negara, Seri Paduka berdua menzahirkan rasa sedih di atas pemergian jururawat Julayha Kudus serta pemandu Mohd Zuhairi Abdullah dan berharap agar seluruh keluarga kedua-dua Allahyarham sabar dan tabah menghadapi dugaan serta suasana pilu ini.
"Seri Paduka Baginda berdua amat menghargai khidmat bakti dan jasa Allahyarhamah Julayha dan Allahyarham Mohd Zuhairi, kepada masyarakat dan negara.
"Seri Paduka Baginda berdua turut menyifatkan pemergian mereka berdua sebagai kehilangan besar kepada Pejabat Kesihatan Daerah Pekan dan Kementerian Kesihatan," menurut kenyataan tersebut.
Kenyataan itu juga menyebut, Seri Paduka Baginda turut berdua mendoakan agar roh Allahyarhamah Julayha dan Allahyarham Mohd Zuhairi dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama para solihin.
Dalam kejadian membabitkan tiga kenderaan kira-kira 10.30 pagi di Kilometer 32 Jalan Kuantan-Nenasi-Rompin, kedua-dua mangsa dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala lima mangsa lain selamat dan turut alami kecederaan.
Kedua-dua mangsa dalam perjalanan menghantar Pasukan Bergerak Orang Asli, PKD Pekan ke perkampungan Orang Asli untuk melakukan lawatan pemeriksaan kesihatan berkala.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 08 2020
Kedua-dua mangsa dalam perjalanan menghantar Pasukan Bergerak Orang Asli, PKD Pekan ke perkampungan Orang Asli untuk melakukan lawatan pemeriksaan kesihatan berkala.
Anak, bekas setiausaha politik MB Perlis didakwa esok - Azam Baki
Anak dan bekas setiausaha politik Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli akan didakwa atas pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu bernilai RM600,000, esok.
Anggota Rabbani, Nazrul Azhar meninggal dunia
Pemergian Nazrul disahkan menerusi kemas kini di akaun Facebook rasmi kumpulan itu, sebentar tadi.
Polis siasat wanita dakwa diri Imam Mahdi
Polis sedang menyiasat seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai Imam Mahdi seperti tular di media sosial sejak semalam.
Sambutan harmoni tanpa bimbang
Penganut Buddha bersama keluarga masing-masing mula mengunjungi kuil pada awal pagi bertujuan melaksanakan upacara keagamaan di Dewan Persatuan Buddha Gua Musang.
NRES tekad kukuh agenda pemuliharaan biodiversiti
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) bertekad untuk mengukuhkan agenda pemuliharaan biodiversiti di negara ini.
Kerajaan ambil langkah berhati-hati, elak rakyat terjejas
Penyelarasan subsidi dilaksanakan secara berperingkat bermula dengan penghapusan subsidi diesel melibatkan pengguna di Semenanjung Malaysia.
Sheriff: 'Watak dia sebenarnya tak kelakar' - Syafiq Yusof dedah sisi lain Zul Ariffin
Syafiq juga menyenaraikan dua pelakon wanita yang paling dia suka bekerjasama iaitu Elizabeth Tan dan Azira Shafinaz.
Suara Rakyat: Amukan gajah semakin menggila
Pekebun kecil terus menanggung kerugian, selepas dirosakkan gajah sejak empat bulan lalu.
Pantau Agenda Reformasi: Pelihara khazanah 'megadiverse' bumi demi masa depan kita
'Be part of the Plan' atau 'Jadilah Sebahagian Daripada Pelan' menjadi tema Hari Biodiversiti Antarabangsa 2024 yang diraikan pencinta lestari hari ini.
Tanggal 22 Mei ini dipilih oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi menyeru masyarakat global bersama mendedikasikan usaha melestarikan kesejahteraan planet bumi selaras dengan perjanjian sidang Rio De Janeiro 1992.
AWANI Green Action (AGA) sedia menyahut seruan itu dan membawa pandangan individu yang bersama menjadi tulang belakang pemeliharaan ekosistem negara. Ikuti temu bual jam 5 petang ini di saluran 501 Astro AWANI.
#HariBiodiversitiAntarabangsa #AWANIGreenAction #jAGABumi
Tanggal 22 Mei ini dipilih oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi menyeru masyarakat global bersama mendedikasikan usaha melestarikan kesejahteraan planet bumi selaras dengan perjanjian sidang Rio De Janeiro 1992.
AWANI Green Action (AGA) sedia menyahut seruan itu dan membawa pandangan individu yang bersama menjadi tulang belakang pemeliharaan ekosistem negara. Ikuti temu bual jam 5 petang ini di saluran 501 Astro AWANI.
#HariBiodiversitiAntarabangsa #AWANIGreenAction #jAGABumi
Insiden gelora udara SIA: Sembilan rakyat Malaysia stabil - Duta
Kedutaan Besar Malaysia sedang memudah cara dan membantu sembilan rakyat Malaysia yang cedera ssusulan insiden gelora udara penerbangan SQ321 Singapore Airlines.
PM Anwar cadang pertimbang tahanan rumah Najib hanya selepas kes 1MDB selesai
Anwar berpandangan bahawa Yang di-Pertuan Agong hanya perlu mempertimbangkan tahanan rumah kepada Najib selepas kes 1MDB selesai.
Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja hari ini memilih Agong ke-17
Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja akan berlangsung hari ini bagi memilih Yang di-Pertuan Agong ke-17.
Agong zahir ucapan Selamat Hari Polis ke-216, hargai pengorbanan warga PDRM
Seri Paduka turut menyanjungi dan menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh pesara PDRM atas pengorbanan yang dicurahkan.
Pasca PRU15: Seruan Agong, MRR usaha untuk masyarakat lebih bersatu - Lee Lam Thye
Rakyat perlu memberi respons yang sama dengan cara menzahirkan sokongan terhadap kerajaan perpaduan.
Pasca PRU15: Pejabat Anwar terus jadi tumpuan media
Teka-teki siapa bakal menjadi Perdana Menteri ke-10 terus menjadi tanda tanya.
Pasca PRU15: GPS serah kepada Agong lantik PM baharu
GPS menegaskan bahawa kepentingan negara adalah lebih diutamakan dan penubuhan kerajaan yang stabil mengambil kira kepentingan rakyat dan negara melebihi kepentingan peribadi.
Pandangan Tommy Thomas langgar Perlembagaan Persekutuan
Negara mengalami Parlimen tergantung di atas keputusan sah dan mandat rakyat yang diberi di PRU15 pada 19 November lalu.
Tindakan 12 menteri PN hantar surat kepada Agong disifatkan tidak wajar
Tindakan 12 menteri itu secara tidak langsung melambangkan ketidakpercayaan mereka terhadap kerajaan pimpinan Perdana Menteri.
Penyokong Najib serah memorandum mohon pengampunan Agong
Kira-kira 300 penyokong bekas Perdana Menteri itu diketuai oleh Pertubuhan Jalinan Perpaduan Negara Malaysia berkumpul di hadapan Istana Negara untuk menyerahkan memorandum berkenaan.
Agong, Raja Permaisuri berkenan rasmi Nicol David Organisation
Seri Paduka berdua turut berkenan beramah mesra dengan kanak-kanak yang menyertai program utama NDO, 'Little Legends'.