Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan mengadakan sesi Pra-Kabinet bersama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi satu sidang video di Istana Negara.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan berkata sesi itu diadakan secara dalam talian susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ketiga.
“Al-Sultan Abdullah turut berkenan supaya mesyuarat Pra-Kabinet diteruskan menerusi sidang video semasa PKP ini berjalan untuk Seri Paduka Baginda berbincang dengan Muhyiddin, khususnya berkenaan isu semasa.
“Ini mencerminkan keprihatinan tinggi Al-Sultan Abdullah terhadap pentadbiran negara dan kesejahteraan rakyat kerana secara lazimnya, Seri Paduka Baginda akan berangkat ke Istana Melawati di Putrajaya untuk mesyuarat-mesyuarat Pra-Kabinet,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Ahmad Fadil berkata, sesi itu berlangsung selama 45 minit dari pukul 8.30 pagi, dengan Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri berbual mesra dan saling bertanya khabar, selain penuh teliti, ketika sesi perbincangan itu.
Beliau turut memaklumkan, Perdana Menteri juga merakamkan penghargaan kepada Al-Sultan Abdullah atas keprihatinan baginda supaya kerajaan tidak membayar Emolumen Diraja selama enam bulan mulai Mac hingga Ogos 2020.
Harits Asyraf Hasnan
Wed Apr 15 2020
Sesi itu berlangsung selama 45 minit dari pukul 8.30 pagi, dengan Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri berbual mesra dan saling bertanya khabar. - Foto Istana Negara
Kekejaman zionis: Penemuan kubur besar di Hospital Gaza perlu disiasat
Pasukan pertahanan awam Palestin gesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat penemuan hampir 400 mayat dari kubur besar di hospital di Gaza selepas tentera Israel meninggalkan fasiliti kesihatan itu.
Israel perlu dikenakan sekatan senjata dan minyak tanpa syarat
Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Francesca Albanese, menyeru sekatan senjata dan minyak tanpa syarat dikenakan ke atas Israel, susulan tindakan rejim itu melanggar undang-undang antarabangsa.
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan bebas tebusan
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan pembebasan tebusan menyebabkan usaha menamatkan krisis di Gaza gagal.
Suhu cecah 42 celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu
Untuk rekod, ini merupakan tahun kedua berturut-turut pihak berkuasa Bangladesh mengambil langkah sama akibat cuaca ekstrem.
[TERKINI] Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Mengulas penangguhan sekali lagi misi pelayaran Break The Siege Freedom Flotilla To Gaza , Profesor Hubungan Antarabangsa Di Fakulti Undang-Undang Dan Hubungan Antarabangsa Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Prof Dr Mohd Afandi Salleh berpandangan, proses pendaftaran baharu bagi sesebuah kapal di negara lain mungkin akan memakan lebih banyak masa.
[TERKINI] Penangguhan pelayaran, taktik Israel gagalakan misi - FCC
Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalitin (FFC), Dr Fauziah Hasan sifatkan penangguhan misi menghantar bantuan kemanusiaan kepada penduduk terjejas di Gaza merupakan satu taktik biasa yang dilakukan rejim Israel.
[TERKINI] Pelayaran ditangguh lagi, Israel didakwa wujudkan kekacauan
Misi pelayaran Break The Siege Freedom Flotilla To Gaza sekali lagi ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Ariel Henry serah surat letak jawatan selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu.
Freedom Flotilla to Gaza: Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Belum jelas sama ada FFC akan beli atau mendaftar di negara yang kecil seperti Panama atau Liberia.
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
PM selesai menziarahi Agong di IJN
Kenderaan jenis Toyota Vellfire berwarna putih itu dilihat keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) pada jam 6.03 petang.
PM terpilih menerusi SD perlu kemuka usul undi percaya di Parlimen - Agong
Perbincangan Khas Majlis Raja-Raja Melayu akan diadakan pada Jumaat ini bagi membincangkan isu semasa, kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin.
Tandatangan Agong tidak perlu untuk batal Ordinan Darurat - Sri Ram
Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Gopal Sri Ram berkata tandatangan Yang di-Pertuan Agong tidak diperlukan sekiranya kerajaan memutuskan untuk membatalkan Ordinan Darurat.
Agong perkenan isytihar darurat hingga 1 Ogos
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah supaya Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan di seluruh negara hingga Ogos 1, 2021.
Agong berangkat ke Abu Dhabi untuk lawatan khas lima hari
Lawatan khas berkenaan adalah atas jemputan Putera Mahkota Abu Dhabi Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan.
Agong zahir penghargaan semua ahli Dewan Rakyat sokong Belanjawan 2021
Al-Sultan Abdullah dalam satu kenyataan mengalu-alukan sokongan yang telah diberikan bagi kelulusan Belanjawan 2021 untuk menjamin kesejahteraan dan kelangsungan hidup rakyat.
Agong berkenan adakan rundingan dengan Raja-Raja Melayu
Al-Sultan Abdullah amat memahami keperluan kelangsungan pentadbiran negara untuk memerangi ancaman wabak COVID-19.
Agong titah rakyat jangan sambil lewa, alpa pematuhan SOP bendung COVID-19
Seri Paduka turut menzahirkan kegusaran berikutan peningkatan kes baharu COVID-19 kepada dua digit dan kewujudan beberapa kluster baharu wabak itu.
Agong titah rakyat doa kesejahteraan untuk Palestin
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan seluruh rakyat Malaysia agar mendoakan kesejahteraan buat rakyat Palestin yang terus ditindas rejim Israel.
Agong berkenan terima menghadap Muhyiddin untuk mesyuarat Pra-Kabinet
Sesi berkenaan yang berlangsung selama satu jam 15 minit dari pukul 8.30 pagi, kembali diadakan secara bersemuka susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan yang berkuat kuasa hari ini.