awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Haiti serah surat peletakan jawatan

Agensi
Agensi
25/04/2024
23:15 MYT
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Ariel Henry menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri Haiti pada Khamis selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu. - Gambar REUTERS
LOS ANGELES: Perdana Menteri Haiti, Ariel Henry menyerahkan surat peletakan jawatan pada Khamis selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu.
Surat rasmi peletakan jawatan yang ditandatangani Henry itu diserahkan di Los Angeles dan dikongsi pejabat Perdana Menteri Haiti bersamaan tarikh Majlis Presiden Peralihan ditubuhkan.
Henry membuat pengumuman itu beberapa jam selepas pegawai termasuk pemimpin Caribbean dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken bertemu di Jamaica untuk membincangkan penyelesaian segera bagi menghentikan krisis Haiti yang semakin meruncing dan bersetuju dengan cadangan bersama untuk menubuhkan Majlis Peralihan.
Henry yang sebelum ini bersetuju meletak jawatan, dilindungi dibawa agensi keselamatan khas AS tatkala keganasan di negaranya semakin memuncak.
Henry tidak dibenarkan memasuki Haiti kerana keganasan di negara itu memaksa penutupan lapangan terbang antarabangsa utamanya.
Beliau tiba di Puerto Rico pada Mac selepas dilarang mendarat di Republik Dominika kerana kerajaan negara itu menghalang kemasukan pesawat pergi dan masuk ke Haiti. - Agensi
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Topic Berkaitan
#PM Haiti
#Ariel Henry
#ancaman pengganas
#letak jawatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan