MALAYSIA
Agong puji kepimpinan Rais Tatarstan, seru perkukuh kerjasama dua hala

Seri Paduka Baginda melihat peluang besar dalam kerjasama petrokimia, kewangan Islam dan sektor halal, serta memuji kepimpinan Tatarstan. - Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
KAZAN: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah agar kerjasama dalam bidang ekonomi, institusi dan budaya Malaysia-Tatarstan dapat terus dieratkan.
Ringkasan AI
- Kerjasama MalaysiaTatarstan Diperkukuh: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, menzahirkan harapan agar hubungan dalam bidang ekonomi, institusi dan budaya antara Malaysia dan Tatarstan terus dieratkan.
- Potensi Ekonomi & Sokongan Kepimpinan Islam: Baginda melihat peluang besar dalam kerjasama petrokimia, kewangan Islam dan sektor halal, serta memuji kepimpinan Tatarstan dalam memajukan ummah melalui Strategic Vision Group.
- Pertemuan Mesra dengan Presiden Putin: Sultan Ibrahim berkongsi pengalaman pertemuan konstruktif dengan Presiden Rusia, yang memuji keindahan Tatarstan dan pencapaian republik itu dalam inovasi dan pemeliharaan budaya.
“Beta percaya terdapat potensi besar untuk memperdalam kerjasama ekonomi, khususnya dalam inovasi petrokimia, kewangan Islam dan sektor halal,” titah baginda yang disiarkan melalui akaun rasmi Facebook baginda.
Sultan Ibrahim turut memuji kepimpinan Minnikhanov dalam Strategic Vision Group: Russia–Islamic World yang disifatkan sebagai bukti dedikasi terhadap kemajuan ummah Islam.
“Beta memandang tinggi kepimpinan Tuan Yang Terutama dalam Strategic Vision Group: Russia–Islamic World yang menjadi bukti dedikasi tuanku terhadap kemajuan ummah Islam,” titah baginda lagi.
Dalam ucapannya, baginda turut berkongsi pengalaman pertemuan dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin, yang berlangsung secara mesra dan konstruktif.
Menurut baginda, Presiden Putin memuji keindahan semula jadi Tatarstan serta pencapaiannya dalam bidang teknologi dan inovasi.
Presiden Rusia itu juga mengagumi usaha Tatarstan mengekalkan identiti budaya sambil memacu pembangunan ekonomi dan inovasi.
Lawatan ke Tatarstan ini adalah sebahagian daripada segmen kedua lawatan negara Yang di-Pertuan Agong ke Rusia dari 4 hingga 10 Ogos.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami