KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan menerima Darjah Kebesaran Persekutuan yang dipersembahkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Negara di sini hari ini.
Menerusi catatan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima Darjah Yang Maha Utama Kerabat Diraja Malaysia (DKM) dan Raja Permaisuri Agong berkenan menerima Darjah Utama Seri Mahkota Negara (DMN).
"Darjah Kebesaran DKM dipersembahkan oleh kerajaan Persekutuan kepada Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu yang dilantik menjadi Yang di-Pertuan Agong.
"Darjah Kebesaran DMN pula dipersembahkan kepada Raja Permaisuri Agong dan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu yang ditabalkan menjadi Sultan dan Raja di negerinya serta orang yang paling dihormati," menurut catatan itu.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof, Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat serta Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Hadir sama Peguam Negara Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz, Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri Datuk Awang Alik Jeman dan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 05 2024
Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima Darjah Yang Maha Utama Kerabat Diraja Malaysia (DKM) dan Raja Permaisuri Agong berkenan menerima Darjah Utama Seri Mahkota Negara (DMN). - Gambar Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Agong, Raja Permaisuri berkenan terima Darjah Kebesaran Persekutuan
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berkenan menerima Darjah Kebesaran Persekutuan yang dipersembahkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Negara di sini hari ini
Ketua Hakim Negara dahului senarai penerima Darjah Kebesaran Persekutuan
Tengku Maimun, 60, yang dilantik memegang jawatan itu pada 2 Mei lepas menerima Darjah Panglima Mangku Negara (PMN) yang membawa gelaran 'Tan Sri'.