KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga bekas pelumba basikal kebangsaan Jusof Udin yang meninggal dunia kelmarin.
Istana Negara menerusi laman Facebook rasmi pada Selasa menyatakan Seri Paduka berdua turut menzahirkan rasa dukacita dengan pemergian Allahyarham dan berharap agar seluruh keluarga Allahyarham sabar serta tabah menghadapi suasana sedih dan pilu ini.
"Seri Paduka Baginda berdua amat menghargai khidmat bakti, jasa serta pengorbanan Allahyarham kepada negara.
"Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama para solihin," demikian menurut hantaran itu.
Allahyarham Jusof, 61, pernah memenangi hatrik pingat perak pada Sukan SEA 1977 di Kuala Lumpur, 1979 di Jakarta dan 1981 di Manila.
Allahyarham juga pernah mewakili pasukan kebangsaan pada Sukan Asia New Delhi pada 1982 selain merupakan seorang yang aktif dalam Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 20 2021
Allahyarham Jusof, 61, pernah memenangi hatrik pingat perak pada Sukan SEA 1977 di Kuala Lumpur, 1979 di Jakarta dan 1981 di Manila. - Facebook Istana Negara
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
MPC tutup kempen di Bangkok dengan cemerlang
Dalam aksi peringkat terakhir, pelumba MPC berhasil meraih tempat kedua dengan mempamerkan kemahiran dan keazaman luar biasa.
Beasley jangka Nurul Izzah mampu 'meledak' sebagai pelumba bertaraf dunia
Nurul Izzah Izzati Mohd Asri mampu menjadi pelumba bertaraf dunia apabila memasuki usia pertengahan dua puluhan.
TSG tampil tiga muka baharu harungi cabaran musim 2024
Mereka terdiri daripada dua pelumba import iaitu Andreas Miltiadas dan Merhawi Kudus Ghebrenedhin dan seorang pelumba tempatan, Nur Aiman.
Lupakan Sukan Asia, tumpuan Shah Firdaus Sahrom beralih kepada Paris 2024
Kini, dia hanya ingin memfokuskan persiapan menjelang saingan Sukan Olimpik Paris yang diklasifikasikan lebih mencabar.
Perjuangan Malaysia belum berakhir!
Mohd Yusoff berkata, perjuangan anak-anak buahnya masih belum selesai selagi perlumbaan edisi ke-27 itu menutup tirai Sabtu ini.
LTdL: Harrif Salleh hilang 10 saat rantai terlucut
Harrif Salleh, pada awalnya berada di kedudukan baik menuju garisan penamat tetapi basikalnya pula mengalami masalah teknikal.
Cipta sejarah LTdL, Malaysia bukti mampu cabar pasukan elit
Barisan enam pelumba bimbingan Mohd Yusof itu memperlihatkan kehadiran mereka pada LTdL kali ini tidak boleh dipandang sepi.
Masa untuk Shah Firdaus keluar daripada bayangan 'Pocket Rocketman'
Norza berkata, selama ini Shah Firdaus seakan berada dalam bayangan Azizulhasni yang sudah pun membuktikan kecemerlangannya di pentas antarabangsa.
LTdL: Malaysia bukan sekadar pelengkap
Di sebalik kehadiran beberapa pasukan ternama, barisan pelumba Malaysia tetap memiliki aura tersendiri.
Sukan Asia: Shah Firdaus gagal pujuk Azizulhasni
Shah Firdaus berkata beliau telah cuba sedaya upaya meniup semangat kepada Azizulhasni namun usahanya menemui jalan buntu.