awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong, Raja Permaisuri ucap takziah atas pemergian isteri legenda badminton negara

Astro Awani
Astro Awani
24/07/2021
03:21 MYT
Agong, Raja Permaisuri ucap takziah atas pemergian isteri legenda badminton negara
Allahyarham mendirikan rumah tangga bersama Datuk Misbun Sidek pada tahun 1987 dan dikurniakan enam cahaya mata. - Foto Facebook/Istana Negara
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Datin Latifah Sidek, isteri kepada legenda badminton negara Datuk Misbun Sidek, yang telah kembali ke Rahmatullah semalam.
Istana Negara menerusi laman Facebook rasmi pada Sabtu menyatakan Seri Paduka berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarham dan berharap agar seluruh keluarga Allahyarham sabar serta tabah menghadapi suasana sedih dan pilu ini.
"Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman," demikian menurut hantaran itu.
Sumber Facebook IstanaNegaraOfficial
BACA: Isteri Misbun Sidek meninggal dunia
Allahyarham mendirikan rumah tangga bersama Datuk Misbun Sidek pada tahun 1987 dan dikurniakan enam cahaya mata iaitu Misbun Syawal, Lia Murni, Misbun Ramdan, Lia Alifah, Lia Dewi Rubita dan Misbun Awalauddin.
Topic Berkaitan
#takziah
#isteri
#legenda badminton negara
#Misbun Sidek
#Latifah Sidek
#Yang di-Pertuan Agong
#Raja Permaisuri Agong
#Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
#Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan