awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peranan Malaysia bantu konflik Thailand-Kemboja antara tumpuan Dewan Rakyat
Pihak berkuasa bertungkus-lumus kekang tumpahan minyak kapal kargo karam di perairan Thailand
Thailand saksi legasi keluarga Ghazali
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Bapa

Bernama
Bernama
15/06/2025
01:20 MYT
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Bapa
Semoga Allah sentiasa merahmati Almarhum ayahanda Sultan Iskandar dan Almarhum Sultan Idris Shah II, titah Seri Paduka Baginda. - Facebook Sultan Ibrahim
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini menzahirkan ucapan Selamat Hari Bapa kepada semua insan bergelar bapa.
Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda menekankan peranan besar seorang bapa dalam kehidupan keluarga dan anak-anak.
"Seorang bapa bukan sahaja menjadi tulang belakang keluarga, malah merupakan sumber kekuatan serta pembimbing dalam kehidupan anak-anak," titah Seri Paduka Baginda.
Sultan Ibrahim turut menzahirkan penghargaan atas segala pengorbanan, kasih sayang, dan didikan yang telah dicurahkan oleh para bapa.
"Terima kasih atas segala pengorbanan, kasih sayang, serta didikan yang tidak ternilai. Walaupun kadangkala tidak terucap dengan kata-kata, jasa, dan cinta seorang bapa sentiasa tersemat di hati.
"Semoga Allah SWT juga sentiasa merahmati Almarhum ayahanda Almarhum Sultan Iskandar dan Almarhum Sultan Idris Shah II," titah Seri Paduka Baginda.
Hari Bapa disambut pada Ahad minggu ketiga bulan Jun setiap tahun bagi menghargai peranan, jasa, dan pengorbanan seorang ayah yang menjadi pelindung keluarga.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Raja Permaisuri Agong
#Yang di-Pertuan Agong
#Selamat Hari Bapa
#Sultan Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan